Tips Keselamatan yang Perlu Diketahui oleh Semua Orang

Tips Keselamatan yang Perlu Diketahui oleh Semua Orang

Ramai orang tidak sedar tentang langkah keselamatan harian yang boleh menyelamatkan nyawa kerana ia dianggap "pengetahuan umum" tetapi sebenarnya tidak diketahui ramai. Artikel ini mengumpulkan pelbagai tips keselamatan berdasarkan perbincangan dari reddit. Di sini disenaraikan beberapa petua keselamatan berguna yang ramai mungkin terlepas pandang.

1. Jangan Tuang Air pada Kebakaran Minyak

Menuang air pada kebakaran minyak akan menyebabkan minyak menyimbah ke merata tempat dan menyebarkan api dengan lebih pantas. Air yang diserap di bawah lapisan minyak juga akan menjadi wap dan "meletup", menghasilkan api besar dalam sekelip mata. Oleh itu, tutup api dengan kain basah atau guna pemadam api khas.

$ads={1}

2. Jangan Sentuh Kelawar yang 'Berjalan' di Tanah

Jika ternampak seekor kelawar di atas tanah, jangan cuba mendekatinya. Kelawar ini mungkin pembawa virus rabies. Rabies boleh tersebar melalui gigitan atau air liur, jadi elakkan sentuhan fizikal.

Baca: Rabies: Kesukaran Menelan dan Ketakutan Terhadap Air

3. Sentiasa Rendahkan Badan Jika Berlaku Kebakaran Rumah

Udara yang lebih rendah mempunyai suhu dan tahap asap yang lebih rendah. Gunakan belakang tangan untuk merasa jalan jika perlu, kerana sentuhan dengan tapak tangan mungkin menyebabkan refleks genggaman yang tidak disengajakan pada kabel elektrik hidup.

4. Jangan Tanggalkan Balutan Luka yang Berdarah Teruk

Jika luka berdarah teruk, tambah lapisan kain tanpa menanggalkan balutan sedia ada. Membuka balutan mungkin mengganggu bekuan darah dan memburukkan keadaan.

5. Jangan Pakai Sarung Tangan Ketuhar yang Basah

Air mengalirkan haba dan akan melecurkan diri anda jika mengambil sesuatu daripada ketuhar dengan sarung tangan atau tuala basah.

6. Jangan Pandu Melalui Jalan yang Banjir

Jalan yang kelihatan cetek mungkin lebih dalam dan berbahaya, terutama jika arus air kuat yang boleh menghanyutkan kereta. Air juga boleh menyebabkan brek menjadi lembap dan kurang berkesan.

7. Jangan Simpan Bateri Secara Longgar dalam Laci

Bateri, terutama yang berukuran 9 volt, boleh menyala jika kedua-dua terminalnya bersentuhan, yang boleh mengakibatkan kebakaran. Gunakan bekas khas untuk mengelakkan bateri bercampur.

8. Jangan Makan Sebelum Pembedahan

Tidak makan sebelum pembedahan penting kerana risiko muntah ketika di bawah bius. Sekiranya muntah tersedak masuk ke dalam paru-paru, ia boleh membawa maut.

9. Jangan Cuba Tangkap Pisau yang Terjatuh

Pisau yang terjatuh boleh menyebabkan kecederaan serius. Biarkan ia jatuh dahulu, baru diambil semula dengan berhati-hati.

10. Jangan Bersihkan Kotak Pasir atau Tempat Kucing Kencing dengan Peluntur

Air kencing kucing mengandungi amonia. Jika membersihkannya dengan peluntur, ia boleh menghasilkan gas berbahaya yang dipanggil kloramin.

11. Gunakan 'Jack Stand' Ketika Menukar Tayar

Jangan harap pada ‘jack’ sahaja untuk mengangkat kereta kerana ia boleh jatuh. Sokong kereta dengan ‘jack stand’ atau letakkan tayar lama di bawah untuk keselamatan.

12. Objek Kaca di Bawah Matahari Boleh Memulakan Kebakaran

Objek kaca yang terdedah kepada matahari boleh bertindak seperti kanta pembesar dan menyebabkan kebakaran. Simpan di tempat teduh. Begitu juga botol yang berisi air di dalam kereta.

13. Jangan Paksa Orang yang Jatuh untuk Bangun Segera

Jika seseorang terjatuh, jangan paksa mereka berdiri jika mereka cedera. Tindakan ini boleh memburukkan kecederaan, terutama jika melibatkan tulang belakang atau leher.

14. Bersihkan Penapis Mesin Pengering Pakaian Setiap Kali Selepas Penggunaan

Penapis yang penuh dengan serat kain boleh menyebabkan kebakaran. Bersihkan selepas setiap penggunaan untuk keselamatan.

15. Jangan Makan Kekacang Mentah Terutama Kacang Merah

Kacang merah mentah mengandungi toksin yang boleh menyebabkan muntah dan sakit perut jika tidak dimasak pada suhu tinggi. Kacang dalam tin biasanya selamat kerana telah dimasak.

16. Ikuti Arahan pada Botol Ubat

Pengambilan ubat berlebihan seperti paracetamol boleh berbahaya dan merosakkan hati. Sentiasa patuhi dos yang disarankan.

17. Larikan Diri Jika Paras Air di Pantai Menyusut Tiba-tiba

Air yang surut dengan cepat menandakan kemungkinan tsunami. Larikan diri ke tempat yang lebih tinggi dan beri amaran kepada orang lain.

18. Jangan Letakkan Pisau di Dalam Sink Penuh dengan Air Sabun

Pisau dalam sink yang penuh sabun boleh mencederakan apabila tidak terlihat. Letakkan pisau di tepi atau cuci segera.

19. Jangan Buka Pintu yang Dipenuhi Asap Secara Serta Merta

Asap menunjukkan kebakaran di dalam. Membuka pintu akan membekalkan oksigen, menyebabkan api marak. Jika perlu buka, periksa dahulu dengan merasai haba pada rekahan pintu.

20. Keselamatan Dalam Kenderaan (Tambahan Penulis)

  • Jangan biarkan botol air bergerak bebas di kawasan kaki atau bawah tempat duduk kereta. Jika botol ini tersangkut di belakang pedal brake, anda akan mengalami masalah untuk berhentikan kenderaan.
  • Jangan lekat dan biarkan pin atau jarum tudung di kusyen kereta. Kanak-kanak kecil gemar memasukkan objek ke dalam mulut.

21. Gaya Tidur

Kesimpulan

Petua-petua ini mungkin nampak kecil atau remeh, tetapi sebenarnya ia mampu menyelamatkan nyawa. Semoga senarai ini memberi manfaat untuk mengelakkan situasi yang berbahaya dalam kehidupan seharian.

Baca juga: Cara Membina Motivasi dan Disiplin dalam Kehidupan Seharian

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama