Petrol (bensin) dan diesel nampak macam sama sebab kedua-duanya bahan api untuk kenderaan. Tapi mereka berbeza dalam cara terbakar, rasa bila dipandu, cara disimpan, dan kesan kepada alam sekitar.
{tocify} $title={Isi Kandungan}
Bagaimana petrol dan diesel dibakar dalam enjin
Petrol dibakar dengan cara 'spark ignition' dalam enjin petrol, iaitu percikan api dari spark plug yang menyalakan campuran udara dan bahan api.
Diesel pula dibakar dengan cara 'compression ignition' dalam enjin diesel, bila udara dimampatkan hingga panas dan bahan api terus menyala. Enjin diesel tidak ada spark plug, sebaliknya menggunakan glow plug (palam pemanas) untuk memanaskan combustion chamber supaya suhu cukup untuk compression ignition. Bila enjin sudah panas, pembakaran berlaku sendiri tanpa perlukan glow plug lagi.
Cara pembakaran ini buat enjin diesel biasanya ada lebih tork (kuasa tarikan semasa bergerak atau bawa beban) dan tahan lasak.
Dalam enjin petrol, tenaga maksimum biasanya keluar ketika RPM tinggi (Revolutions Per Minute), iaitu kadar putaran enjin dalam seminit. Enjin diesel pula hasilkan tekanan pembakaran lebih kuat pada RPM rendah, jadi ia dapat banyak tork awal (low-end torque) yang sesuai untuk tarik beban berat atau perjalanan jauh.
Tenaga dalam setiap liter: Kenapa diesel jimat lebih banyak
Secara kasarnya diesel ada lebih banyak tenaga per liter berbanding petrol, jadi kenderaan diesel boleh pergi lebih jauh untuk setiap liter. Ini satu sebab mengapa kereta atau lori diesel selalunya beri penjimatan bahan api lebih baik.
Penyimpanan dan keselamatan: Mana lebih tahan disimpan?
Diesel tidak mudah menjadi wap dan flash point ia lebih tinggi, berbanding petrol. Flash point maksudnya suhu paling rendah di mana sesuatu cecair mula keluarkan wap yang cukup untuk menyala bila ada percikan api atau sumber nyalaan. Ini bermakna diesel tidak mudah terbakar pada suhu biasa dan lebih selamat disimpan untuk tempoh panjang.
Petrol lebih volatile (mudah meruap) jadi kalau disimpan lama ia cepat hilang kestabilan dan boleh kurang berkesan bila digunakan dalam enjin, selain itu juga lebih berbahaya kalau tertumpah.
Untuk simpanan jangka panjang diesel biasanya lebih sesuai.
Kesan kepada alam sekitar
Enjin diesel hasilkan lebih banyak zarah halus (particulate matter) dan nitrogen oksida (NOx) yang boleh mencemar udara dan memudaratkan kesihatan. Hari ini, enjin diesel moden ada penapis dan sistem khas untuk kurangi masalah ini.
Enjin petrol pula biasanya keluarkan kurang zarah halus tapi tetap menyumbang karbon dioksida (CO2), gas rumah hijau yang memanaskan bumi.
Penggunaan harian dalam enjin kenderaan
Antara petrol dan diesel, pilihan bergantung pada cara guna kenderaan setiap hari.
- Jika kerap buat perjalanan jauh di lebuhraya dan perlukan tork untuk muatan berat, diesel lebih sesuai dan selalunya lebih jimat dalam penggunaan bahan api
- Jika guna kereta kecil dalam bandar, kenderaan petrol lebih mudah, enjin lebih ringan dan kadang servis lebih murah.
Ringkasnya, petrol dan diesel berbeza dari cara enjin membakar bahan api, kadar jimat minyak, keselamatan penyimpanan, dan kesan alam sekitar sebagai bahan bakar enjin. Diesel biasanya lebih jimat dan sesuai untuk perjalanan jauh atau muatan berat, tapi menghasilkan lebih pencemaran. Petrol pula lebih sesuai untuk kereta kecil di bandar, tapi lebih berisiko semasa penyimpanan kerana mudah meruap dan kurang jimat.
Sumber: Reddit
