Kenapa Geseran Menghasilkan Haba

KENAPA GESERAN RASA PANAS

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Apa yang berlaku bila permukaan bergesel

Sebenarnya sesuatu permukaan tidaklah licin macam yang kita nampak. Bila dua permukaan bergesel, ada bonggol dan lekuk kecil yang saling berlaga berkali-kali, dan ini buat molekul di dalam bahan itu mula bergetar. Getaran inilah yang kita rasa sebagai panas.

Bayangkan anda gosok tangan dengan cepat, molekul dalam kulit tapak tangan jadi lebih "sibuk" bergerak dan tenaga gerakan tadi berubah jadi haba.

Contoh di sekeliling kita

Brek kereta jadi panas sebab pad brek bergesel dengan cakera memperlahankan roda, lalu tenaga gerakan bertukar jadi haba. Kalau anda gosok kayu dengan kayu, lama-lama ia boleh keluarkan asap malah bara api.

Mesin pembersih ultrasonik, yang biasa digunakan di kedai barang kemas atau kedai cermin mata, guna getaran bunyi kuat untuk bersihkan barang. Getaran ini boleh buat air dalam mesin jadi sedikit panas kerana molekul air bergerak lebih laju.

Geseran menghasilkan bunyi

Dua permukaan bergesel juga boleh hasilkan bunyi, seperti bunyi kasut pemain di dalam dewan badminton. Itu sebahagian tenaga getaran bertukar jadi gelombang bunyi.

Bunyi adalah getaran jadi ia pun sebenarnya boleh panaskan sesuatu benda, tapi selalunya ia terlalu kecil untuk kita perasan.

Mengurangi haba dari geseran

Apa yang selalu dilakukan ialah mengguna pelincir, seperti minyak. Ia kurangkan sentuhan terus antara dua permukaan. Tanpa pelincir, gear kenderaan akan overheat, ataupun aktiviti berurut jadi tidak selesa dan menyakitkan.

Ada juga bahan moden macam seramik atau salutan khas yang bantu kawal geseran.

Akan tetapi, geseran tidak semestinya sesuatu buruk. Tanpa geseran kita tidak boleh berjalan kerana akan tergelincir atau sukar memandu kereta dengan stabil.


Ringkasnya, geseran hasilkan haba kerana dua permukaan yang bergesel membuat molekul bergerak lebih laju dan bergetar, lalu tenaga gerakan bertukar jadi haba.

Sumber: Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama