Proses pembakaran lilin
Beberapa perkara berlaku pada masa yang sama semasa lilin menyala.
Wax (batang yang mencair) adalah bahan api (fuel). Haba daripada api mencairkan wax berhampiran bahagian atas lilin, kemudian wax cair ini diserap dan ditarik ke atas oleh sumbu.
Sebaik sahaja wax cair sampai ke bahagian api, ia jadi cukup panas untuk bertukar menjadi wap (vapor). Wap itu bercampur dengan oksigen di udara. Campuran inilah yang sebenarnya terbakar. Cahaya dan haba datang daripada tindak balas ini.
Wax dalam bentuk keras atau cair tak mudah terbakar sebab itulah kenapa seluruh lilin tidak terbakar. Sumbu bertindak menyerap dan menyebar wax menjadi lapisan nipis dan menyalurkannya perlahan-lahan kepada api.
$ads={1}
Setelah wap wax terbakar, ia kebanyakannya bertukar menjadi karbon dioksida dan wap air.
Apabila api lilin ditiup, kita dapat lihat aliran asap nipis naik daripada sumbu. Sebahagian daripada asap ini adalah wap wax yang tidak terbakar. Kalau kita bawa api dekat dengannya, wap boleh terbakar dan bergerak kembali ke sumbu.
Ini menunjukkan bahawa yang terbakar ialah wap wax, bukan wax keras ataupun cair.
Lilin dalam bekas
Jika lilin menyala terlalu lama, terutamanya yang berada di dalam bekas, wax cair yang terkumpul boleh menjadi lebih panas secara perlahan-lahan.
Haba dari api boleh terkumpul di dalam balang dan tidak mudah keluar, terutamanya jika bekas menahan haba.
Haba tambahan ini mungkin boleh menyebabkan lebih banyak wax bertukar menjadi wap daripada yang biasanya dikawal oleh sumbu, yang membawa kepada nyalaan yang lebih besar dan kurang stabil.
Inilah sebabnya kenapa ada sesetengah jenis lilin ada had masa penggunaan.
Pendek kata, lilin terbakar kerana haba mencairkan wax, kemudian diserap sumbu menjadi lapisan nipis, dan ia bertukar menjadi wap bila dekat dengan haba api, lalu bertindak balas dengan oksigen dan terbakar berterusan.
Sumber: Reddit
