Bateri AA/AAA vs Bateri Terbina Dalam Yang Boleh Dicas Semula

Kenapa bateri AA dan AAA masih diguna
Foto oleh mohamed abdelghaffar (via Pexels)

Walaupun kini sudah menjadi kebiasaan sesebuah peranti mengguna bateri terbina dalam (built-in) yang boleh dicas semula, masih banyak alat yang kekal dengan penggunaan bateri AA atau AAA seperti alat kawalan jauh TV, barang mainan kanak-kanak, jam, dan wireless mouse.

Ada beberapa sebab penting kenapa ini dibuat walaupun kelihatan seperti ketinggalan zaman.

Kenapa bateri AA dan AAA masih diguna

Bateri ini murah, mudah didapati dan senang diganti. Jika sesuatu peranti kehabisan kuasa, kita boleh tukar bateri dengan cepat dan kemudian terus menggunakannya. Tak perlu tunggu beberapa jam untuk cas.

Bateri ini sesuai dengan alat yang perlukan kuasa rendah. Sebuah alat kawalan TV atau jam dinding boleh berfungsi selama beberapa bulan malah tahun hanya dengan 1 set bateri saja. Dalam hal seperti ini, bateri terbina dalam yang boleh dicas semula mungkin tak ada apa-apa kelebihan.

Sebab lain pula ialah jangka hayatnya. Biasanya, peranti yang guna bateri seperti ini diguna untuk jangka masa panjang. Jika bateri sudah tak berfungsi, hanya bateri yang diganti, bukanlah peranti atau alat tersebut. Ini membantu kurangkan electronic waste.

$ads={1}

Kebimbangan pada bateri terbina dalam

Bateri jenis ini biasanya boleh rosak pelahan-lahan walaupun alat itu jarang diguna. Selepas beberapa tahun, ia mungkin tak dapat pegang dan tahan cas dengan baik. Dalam kebanyakan produk seperti ini, baterinya sukar diganti ataupun tak dapat langsung.

Disebabkan ini, sesetengah peranti dibuang begitu saja hanya kerana baterinya yang sudah gagal. Ini mungkin tak bagus untuk persekitaran walaupun teknologi bateri boleh dicas semula itu sendiri bagus.

Ada juga pertimbangan untuk keselamatan dan shipping. Bateri lithium memerlukan perlindungan dan pengujian, dan penghantaran produk yang mengguna bateri ini boleh jadi lebih rumit. Kalau barang itu murah dan mudah, pertimbangan ini boleh menaikkan kos produk.

Kelebihan bateri terbina dalam

Bateri terbina dalam yang boleh dicas semula selalunya bagus untuk peranti yang menggunakan banyak kuasa seperti telefon pintar, tablet, ataupun sesetengah jenis lampu suluh. Reka bentuk padat dan mudah nak cas semula dengan cable.

Dalam hal-hal seperti ini, kalau guna bateri AA atau AAA mungkin menyusahkan dan memerlukan stok bateri yang banyak.

Bateri terbina dalam juga memberi prestasi yang konsisten untuk alat yang guna banyak kuasa.

Yang mana lebih baik?

Keduanya ada kelebihan masing-masing. Bateri AA dan AAA sesuai untuk peranti simple dan guna kuasa rendah di mana jangka hayatnya panjang dan mudah mengganti bateri. Bateri terbina dalam selalunya sesuai untuk peranti padat dan mengguna banyak kuasa.

Mungkin inilah sebabnya kenapa reka bentuk keduanya masih wujud sehingga kini. Mereka direka untuk tujuan tertentu, dan pengilang memilih berdasarkan kos, keselamatan, corak penggunaan, dan jangka hayat.

Sumber: Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama