Kadang kita tengok harga telefon dengan harga laptop macam tak jauh beza. Di perbincangan Reddit ini, ada orang tanya kenapa harga kedua peranti ini lebih kurang sama.
1. Ramai Lebih Sanggup Beli Telefon Mahal
Orang sekarang tak kisah pun bayar lebih RM4,000 untuk telefon flagship. Tapi bila cakap pasal laptop RM10,000, orang selalunya rasa “tak perlu”. Jadi permintaan untuk telefon mahal jauh lebih tinggi berbanding laptop mahal.
Bila permintaan kuat, orang sanggup bayar walaupun harga tinggi.
$ads={1}
2. Cara Kita Guna Setiap Peranti
Kita guna telefon dari pagi sampai malam. Kerja, mesej, gambar, video, semua ada dalam satu peranti. Jadi orang rasa telefon lebih penting dan memandangnya lebih bernilai, sebab tu tak kisah bayar mahal.
Laptop pula lebih kepada benda tertentu macam assignment, kerja pejabat, atau editing. Bila penggunaan tak sekerap telefon, orang tak rasa perlu beli yang paling mahal.
3. Kenapa Telefon Lebih Mahal Untuk Dibina
Dalam telefon, semua komponen kena muat dalam ruang yang sangat kecil. Kamera canggih, cip laju, bateri besar,... Semua masuk dalam casing nipis. Bahagian yang kecil dan padat macam ni biasanya lebih mahal untuk dihasilkan berbanding laptop yang ada ruang besar.
Lagi satu, telefon sentiasa berlumba-lumba tambah teknologi baru, jadi kos R&D pun tinggi.
4. Range Harga Telefon dan Laptop
Walaupun telefon mahal, model bajet tetap murah. Telefon murah boleh dapat sekitar RM400. Laptop murah selalunya lebih mahal, sekitar RM1,000 macam tu.
Bila naik ke kelas premium, telefon boleh cecah ribuan sehingga RM6,000. Laptop spec tinggi pula selalunya bermula sekitar RM4,000 dan boleh naik jauh lebih tinggi.
5. Persaingan Dalam Pasaran
Pasaran telefon dikuasai oleh beberapa jenama besar yang sentiasa cuba jadi yang “paling baru” dan “paling canggih”. Persaingan macam ni mendorong inovasi tapi juga naikkan kos dan harga.
Pasaran laptop ada lebih banyak pilihan dan model. Bila pilihan terlalu banyak, harga jadi lebih stabil.
Secara ringkasnya, harga telefon pintar dan laptop boleh nampak hampir sama kerana beberapa faktor seperti kesanggupan pengguna membayar premium, nilai (penghargaan) yang seseorang letak pada peranti mengikut cara penggunaan, kos pembinaan yang berbeza mengikut saiz dan teknologi, julat harga yang luas, serta tahap persaingan dalam pasaran.