Sebelum adanya mancis, mereka biasanya tak perlu buat api baru setiap kali mereka mahu menyalakan sesuatu. Dalam sesebuah rumah, sudah ada api di tempat memasak, atau bara panas yang disimpan supaya api boleh dihidupkan semula bila diperlukan.
Apabila hendak nyalakan pelita, lilin atau obor, mereka guna cebisan kayu kecil untuk pindahkan api. Hanya nyalakan cebisan kayu itu daripada api utama, kemudian gunakannya untuk menyalakan apa saja yang memerlukan api.
Penting untuk kekalkan api utama kerana nak menyalakan api dari awal memerlukan lebih banyak usaha. Api boleh dibiarkan sehingga menjadi bara panas dan kemudian ditutup dengan abu untuk membantu kekalkan haba. Bara tersebut boleh dikeluarkan semula dan digunakan untuk menyalakan api apabila diperlukan.
Membuat Api Baru
Jika api padam sepenuhnya, salah satu kaedah yang biasa digunakan pada zaman dulu ialah batu api (flint) dan besi.
$ads={1}
Apabila besi diketuk pada batu api, percikan api akan terhasil. Percikan ini diarahkan ke bahan penyala yang sesuai, yang boleh menangkap percikan dan mula membara. Kemudian bara itu digunakan bersama bahan lain yang lebih mudah terbakar untuk menghasilkan api.
Di sesetengah tempat Eropah, orang dahulu menyimpan tinderbox, iaitu satu set bahan mudah alih yang digunakan untuk tujuan ini. Tinderbox pada zaman dulu boleh mengandungi batu api, besi pemetik api (steel fire striker) dan bahan penyala (tinder) seperti charcloth.
Menyalakan Lampu Pelita dan Obor
Dulu, menyalakan api penerang selalunya melibatkan pemindahan api yang sudah ada, bukannya menghasilkan api dari awal.
Seperti yang telah dikatakan awal tadi, seseorang boleh mengambil cebisan kayu yang sedang menyala daripada tempat api dan menggunakannya untuk menyalakan pelita.
Api sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, dan orang dulu ada cara mereka tersendiri untuk kekalkan api atau nyalakan semula apabila diperlukan.
Jadi, sebelum adanya mancis moden, prosesnya sebenarnya agak mudah: simpan api atau bara supaya sentiasa tersedia, pindahkan api apabila diperlukan, dan gunakan alat seperti batu api dan besi untuk buat api baru.
$ads={2}
Baca perbincangannya di r/explainlikeimfive.
