Karya semi-autobiografi ialah cerita fiksyen (buku, filem, drama, dll.) yang sebahagiannya berdasarkan kehidupan atau pengalaman pencipta sendiri.
Cerita itu menggunakan pengalaman sebenar sebagai titik permulaan, tetapi pencipta boleh mengubah atau mereka-reka sebahagian daripadanya. Watak, peristiwa, tempat dan butiran lain boleh diubah untuk menghasilkan sebuah cerita fiksyen. Jadi, karya itu bukan bertujuan menjadi catatan fakta yang lengkap tentang kehidupan pencipta.
$ads={1}
Pencipta mengambil pengalaman daripada hidup mereka dan membina cerita fiksyen di sekelilingnya.
Ia hampir sama dengan konsep "based on a true story", tapi ada satu perbezaan penting. Karya semi-autobiografi ialah fiksyen yang menggunakan kehidupan atau pengalaman pencipta sendiri sebagai sebahagian daripada asas cerita, manakala "based on a true story" ialah istilah yang lebih umum untuk fiksyen yang berdasarkan peristiwa sebenar, sama ada dialami oleh pencipta sendiri atau orang lain.
Setiap karya semi-autobiografi boleh dianggap sebagai "based on a true story", tetapi bukan semua karya yang "based on a true story" adalah semi-autobiografi.
The Things They Carried oleh Tim O'Brien ialah salah satu contoh. Buku ini berdasarkan pengalaman O'Brien semasa Perang Vietnam, tetapi ia juga mengandungi unsur fiksyen. O'Brien mencampurkan pengalaman sebenar dengan rekaan.
Satu lagi contoh ialah The Devil Wears Prada. Penulisnya, Lauren Weisberger, pernah bekerja sebagai pembantu di Vogue, dan pengalaman itu menjadi salah satu sumber penting untuk novel semi-autobiografinya.
Baca perbincangannya di r/explainlikeimfive.
$ads={2}
