Bagaimana Pemain Piring Hitam Keluarkan Bunyi

pemain piring hitam vintage (imej google flow)

Bunyi ialah gelombang yang terhasil bila udara bergerak pergi dan balik dengan sangat laju. Bila seseorang bercakap, suaranya menolak udara dengan corak tertentu, dan telinga kita menangkap corak itu.

Pemain piring hitam boleh mengeluarkan bunyi sebab piring hitam menyimpan corak itu dalam bentuk fizikal. Kon pembesar suara kemudian bergerak mengikut corak tersebut dan menolak udara yang menghasilkan gelombang bunyi, lalu kita dengar lagu.

Piring hitam ada satu alur panjang yang berpusing ke tengah. Dinding alur itu ada lekukan yang sangat kecil, ikut corak bunyi yang dirakam. Bunyi kuat buat lekukan lebih besar, dan nada yang lain buat lekukan yang lain.

Sebab itu piring hitam dipanggil analog: bentuk alurnya ikut bunyi, bukan simpan bunyi sebagai nombor macam fail digital.

$ads={1}

Untuk buat alur itu, mikrofon atau membran nipis menangkap bunyi dan menggerakkan jarum pemotong. Jarum itu kemudian mengukir lekukan tadi pada sekeping cakera.

Bila piring hitam dimainkan, ada jarum kecil dipanggil stylus yang duduk dalam alur. Semasa piring hitam berpusing, lekukan itu menolak stylus, jadi stylus bergetar ikut corak lekukan itu. Getaran ini terlalu lemah untuk jadi bunyi yang jelas, jadi pemain piring hitam tukarkannya kepada isyarat elektrik.

Proses ini dibuat oleh cartridge, iaitu bahagian yang pegang stylus. Biasanya, stylus gerakkan magnet kecil dekat gegelung wayar, dan ini hasilkan isyarat elektrik kecil yang ikut corak getaran stylus.

Isyarat itu masih lemah. Phono preamp menguatkannya dan membetulkan keseimbangan nada, lepas itu amplifier menguatkannya lagi. Kemudian isyarat dihantar ke pembesar suara dan menggerakkan kon ikut corak yang sama dengan alur tadi. Kon menolak udara, dan kita dengar lagu atau muzik.

Baca perbincangannya di r/explainlikeimfive.

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama