Apakah "Ghost Ad"?
Pertama sekali, namanya mengelirukan. Ghost ad bukan iklan yang orang nampak. Ia tak muncul kepada orang itu pun. Ia cuma satu nota dalam rekod platform iklan, dan pengiklan guna nota tu untuk uji sama ada iklan sebenar mereka berkesan atau tak.
Sebagai contoh, katakan kita ada syarikat kasut, dan kita letak satu iklan online. Seminggu kemudian, 500 orang yang nampak iklan tu beli kasut. Hasil yang bagus, kan? Tapi bukan kesemua 500 orang tu beli sebab iklan—ada yang mungkin akan beli juga walaupun tak nampak iklan tu.
Jadi sekarang, yang kita betul-betul nak tahu ialah berapa banyak jualan yang datang semata-mata sebab iklan tu. Kita nak tahu adakah iklan itu berkesan atau tak.
$ads={1}
Cara nak semak ialah banding orang yang nampak iklan dengan orang yang tak nampak. Atas talian, platform iklan (contohnya Google) pilih siapa yang nampak, dan biasanya mereka pilih orang-orang yang berpotensi nak beli.
Jadi untuk ujian ni, kita ambil orang-orang yang berpotensi nak beli, dan bahagikan mereka kepada dua kumpulan secara rawak.
Satu kumpulan (kumpulan ujian, test group) nampak iklan kasut, satu kumpulan lagi (kumpulan kawalan, control group) nampak iklan lain. Dengan cara ni, kita banding dua kumpulan yang lebih kurang sama. Di sinilah ghost ads digunakan.
Lepas tu, setiap kali platform ada peluang untuk tunjuk iklan kasut kita kepada seseorang:
- Kalau orang tu dalam kumpulan ujian, ia tunjuk iklan tu dan tulis yang "dah tunjuk".
- Kalau orang tu dalam kumpulan kawalan, ia tunjuk iklan lain, dan tulis sesuatu seperti "iklan kasut awak sepatutnya ditunjukkan kepada orang tu pada masa itu".
Nota kedua itulah yang dipanggil ghost ad. Iklan kasut tu ada dalam rekod, tapi di dunia sebenar iklan tu tak pernah muncul. Nota ni yang beritahu kita siapa dalam kumpulan kedua yang sepatutnya nampak iklan.
$ads={2}
Lepas itu kita semak siapa yang beli kasut dalam dua kumpulan tersebut: orang yang nampak iklan, dan orang yang sepatutnya nampak tapi tak nampak. Daripada perbezaan pembelian antara keduanya, kita boleh anggar berapa berkesan iklan kita.
Baca perbincangannya di r/explainlikeimfive.
