Spring biasanya berbentuk silinder, tetapi ada juga yang berbentuk kon. Walaupun kedua-duanya berfungsi dengan cara yang sama, iaitu menghasilkan tolakan apabila dimampatkan, bentuknya mempengaruhi cara spring itu berfungsi.
Spring Berbentuk Silinder
Spring silinder mempunyai gegelung dengan diameter yang sama dari hujung ke hujung. Apabila dimampatkan, daya tolakannya biasanya meningkat secara sekata. Ini dipanggil linear spring rate.
Spring jenis ini sesuai untuk kegunaan yang memerlukan tolakan yang sekata, seperti dalam pen dan injap.
Apabila semua gegelungnya bersentuhan, ia sudah mencapai ketinggian paling pendek yang dipanggil solid height. Spring yang panjang dan nipis juga boleh membengkok ke tepi apabila ditekan.
$ads={1}Spring Berbentuk Kon
Spring kon mempunyai gegelung yang semakin kecil ke arah satu hujung. Bentuk ini membolehkan gegelung yang kecil masuk ke dalam ruang antara gegelung yang lebih besar apabila dimampatkan. Pergerakan ini dipanggil telescoping.
Oleh sebab itu, spring kon boleh dimampatkan ke ketinggian yang jauh lebih rendah. Tapaknya yang lebih lebar juga membantu mengurangkan risiko spring membengkok ke tepi.
Gegelung yang lebih lebar akan dimampatkan dahulu sehingga rapat antara satu sama lain. Selepas itu, gegelung yang lebih kecil pula terus dimampatkan. Ini dipanggil progressive spring rate.
Ciri ini berguna apabila kita mahukan tolakan yang lembut pada awalnya tetapi semakin kuat apabila spring ditekan. Contohnya, dalam tempat duduk atau bahagian sentuh bateri lampu suluh.
$ads={2}Sumber: Instagram

