Wap Putih Keluar dari Manhole di Bandar?

stim keluar dari lubang manhole

Pernah nampak dalam movie atau siri TV dari barat macam US?

Wap putih yang naik dari manhole itu biasanya ialah kepulan titisan air yang sangat kecil. Ia terbentuk bila udara hangat yang lembap dari bawah tanah bertemu udara yang lebih sejuk di luar. Wap air tak kelihatan, kita cuma nampak bila ia menyejuk dan bertukar jadi titisan. Proses ini dipanggil kondensasi. Sama macam kita boleh nampak hembusan nafas kita pada hari yang sejuk.

Pembentukan kepulan ini perlukan udara sejuk di luar, sebab itu kita lebih kerap nampak benda ni di tempat yang ada musim sejuk. Di tempat yang panas macam negara tropika, keadaan ini kurang berlaku kerana udara di luar biasanya tak cukup sejuk untuk menghasilkan kepulan yang jelas.

$ads={1}

Jadi, dari mana datangnya udara hangat yang lembap tu? Salah satu puncanya ialah pembetung. Air mandian, mesin basuh pinggan dan aktiviti lain di rumah selalunya lebih hangat daripada udara di luar, lebih-lebih lagi pada musim sejuk. Haba itu memanaskan udara dalam paip, kemudian udara lembap tu naik melalui manhole. Bila terkena udara sejuk di atas, ia menyejuk dan menjadi kepulan yang boleh kita nampak.

Punca lain pula, ada bandar, seperti New York, mempunyai paip wap (steam) di bawah jalan untuk menghantar wap ke bangunan bagi tujuan pemanasan. Kalau salah satu paip ni bocor, wap boleh naik melalui lubang berdekatan, termasuklah manhole. Malah tanpa kebocoran pun, air yang terkena paip wap yang panas boleh bertukar jadi wap dan naik dengan cara yang sama.

Di bandar New York, kadang-kadang ada paip oren dan putih berdiri di atas manhole, macam serombong kecil. Ini dipanggil serombong wap (steam stack). Syarikat utiliti bandar itu letak serombong ni untuk menghalakan wap ke atas dan jauh dari orang ramai dan lalu lintas.

serombong stim lubang manhole

Selalunya, serombong ini bermakna syarikat tahu ada kebocoran wap yang boleh dikawal, atau kebocoran air yang menghasilkan wap. Ataupun dipasang untuk kerja macam pembaikan pembetung.

Baca perbincangannya di r/explainlikeimfive.

PENAFIAN: Gambar-gambar dalam entri ini dijana AI.

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama