Kenapa Tukang Gunting Rambut Gosok Pisau Cukur Pada Strop Kulit

pisau cukur dan strop leather

Sebelum mencukur, tukang gunting rambut menggerakkan bilah pisau pada permukaan strop kulit (leather strop) untuk menjaga dan mengekalkan ketajaman pisau.

Bahagian mata pisau cukur sangat nipis. Semasa digunakan untuk mencukur kepala, misai atau janggut, mata pisau boleh mengalami kerosakan kecil atau berubah bentuk sedikit. Perubahan ini terlalu halus untuk dilihat dengan mata kasar, tetapi boleh menjejaskan keupayaan pisau untuk memotong dengan baik.

Di sinilah strop kulit memainkan peranannya. Menggerakkan bilah pisau pada permukaan kulit membantu memperhalus bahagian matanya. Proses ini boleh melicinkan permukaan, membuang sedikit logam yang rosak dan kadangkala membetulkan semula bahagian mata pisau yang berubah bentuk.

$ads={1}

Sesetengah strop juga digunakan bersama bahan penggilap, yang mengandungi serbuk halus yang membantu membuang sedikit logam di samping menggilapkannya.

Proses menggunakan strop tidak sama dengan mengasah pisau. Mengasah melibatkan pembuangan lebih banyak bahan untuk membentuk atau memulihkan bahagian mata bilah, manakala stropping digunakan untuk menjaga dan memperhalus bilah yang masih tajam. Stropping bukan untuk menajamkan pisau cukur yang sudah terlalu tumpul.


Jadi secara ringkasnya, tujuan tukang gunting menggosok pisau cukur pada strop kulit ialah bagi membantu kekalkan ketajaam dan kehalusan mata pisau agar dalam keadaaan baik, di samping mengurangkan keperluan untuk mengasahnya dengan kerap.

Baca perbincangannya di r/explainlikeimfive.

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama