Sebab Orang Larang Gunting Jahit Diguna Potong Benda Bukan Kain

Pernah dengar ibu-ibu marah besar kalau anak atau suami guna gunting jahit mereka untuk potong kertas, atau plastik?

"Nanti tumpul!" kata mereka. Kenapa pula kertas atau plastik tumpulkan gunting jahit? Bukannya potong benda keras pun.

$ads={1}

Kenapa gunting jahit tak sesuai untuk potong bahan lain selain kain atau fabrik

1. Gunting jahit perlu kekal tajam

Gunting jahit berkualiti tinggi dibuat dengan bilah yang sangat halus dan tepat. Ketajaman ini penting kerana kain lembut dan mudah lentur, tak keras macam kertas.

Bila bilahnya tumpul walau sedikit saja, kain tidak lagi terbelah dengan bersih, sebaliknya ia seperti dihancur atau dikunyah, jadi tepi kain jadi berbulu, bergerigis dan susah nak jahit cantik.

2. Bahan lain (walaupun nampak lembut) boleh rosakkan ketajaman dengan cepat

Kertas walaupun nipis, mengandungi zarah silika dan gentian keras yang bertindak seperti kertas pasir halus. Beberapa kali potong sahaja sudah cukup untuk rosakkan tepi bilah pada tahap mikroskopik.

Pita pelekat, kadbod, plastik pembungkus, reben wayar,... Semuanya ada bahan keras atau gam yang boleh mencalak atau menumpulkan bilah.

Bahan lain yang lebih keras seperti wayar kecil pula mungkin boleh sebabkan kecacatan seperti lekuk pada bilahnya yang halus.

Seorang tukang mesin (di Reddit) berkata:

Awak boleh potong benda keras dengan bilah tumpul. Kalau cuba potong benda lembut dengan alat tumpul, awak akan himpit dan ubah bentuknya, bukan potong dengan rata (...) Jadi awak mahu pastikan alat pemotong bahan lembut tajam selama mana yang boleh dengan tidak menggunakannya pada bahan keras.

Ini menggambarkan kain yang dipotong dengan gunting tumpul seperti ‘digigit-gigit atau dikunyah’—potongan rosak dan tak licin.

Kesan pada kain bila gunting jahit sudah tumpul

Bila bilah mula tumpul, potongan kain jadi tidak lancar. Kadang-kadang kain tertarik, terutama pada fabrik lembut. Bentuk potongan boleh terjejas dan mungkin menyebabkan kain dibuang, atau ganggu dan melambatkan proses menjahit.

Adakah gunting kain akan terus rosak kalau hanya sekali dua potong kertas?

Di dalam perbincangan Reddit tersebut, tukang-tukang jahit profesional tak nak ambil risiko langsung.


Kalau ada ibu, makcik atau kakak-kakak yang marah dan larang guna gunting jahit mereka, cepat-cepat simpan balik.

Dan sekiranya anda menjahit, invest dalam sepasang gunting kain berkualit, dan simpan macam simpan emas. Jangan biar orang terjumpa gunting jahit tu, mana tahu mungkin ia akan bertahan 10 tahun!

Sumber: Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama