Kenapa Statik TV Lama Titik-titik dan Berbunyi Desir

tv analog skrin statik

Statik TV lama kelihatan seperti titik hitam putih yang rawak kerana TV cuba menukar gangguan isyarat menjadi gambar. Bunyi desir pula datang daripada gangguan yang diproses sebagai audio. Kedua-duanya berlaku apabila TV tidak dapat menerima siaran yang jelas.


Titik-titik Bergerak dan Bunyi Berdesir

TV analog lama menghasilkan gambar dengan mengimbas skrin satu baris demi satu baris. Isyarat video memberitahu TV bahagian mana yang patut terang dan bahagian mana yang patut gelap. Apabila isyarat itu dipenuhi gangguan dan bukan maklumat gambar yang jelas, TV tetap cuba memaparkannya. Hasilnya ialah titik hitam putih yang sentiasa berubah, dipanggil statik.

Gangguan ini boleh datang daripada alat elektronik di dalam TV sendiri atau isyarat yang tidak diingini dan ditangkap oleh antena. Walaupun tiada siaran yang jelas, penerima TV masih memproses gangguan ini yang kemudian menjadi titik-titik di skrin.

$ads={1}

Sistem audio TV juga boleh menangkap gangguan elektrik yang tidak diingini apabila tiada isyarat audio yang jelas dan keluar melalui pembesar suara. Bunyinya hampir sama seperti bunyi putih (white noise).

Kenapa Hitam Putih

TV analog berwarna memaparkan siaran hitam putih dan siaran berwarna. Maklumat warna dibawa oleh bahagian isyarat yang berasingan, bersama maklumat yang mengawal kecerahan.

Apabila isyarat rujukan warna yang sah tiada, satu litar yang dipanggil color killer boleh mematikan pemprosesan warna. Jadi, kita biasanya nampak titik hitam putih.

Bagaimana dengan TV digital

TV digital berfungsi dengan cara yang berbeza apabila gagal menerima isyarat yang jelas. Ia tidak papar statik yang bergerak, ia biasanya memaparkan gambar yang pecah atau beku, atau tiada gambar langsung.

Baca perbincangannya di r/explainlikeimfive.

Walaupun saya berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan berguna, saya tidak dapat menjamin bahawa semua maklumat adalah lengkap, tepat atau terkini.

Komen adalah tanggungjawab anda, disarankan berbentuk sopan.

Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan sebarang URL.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama