Sebagai contoh, kad debit atau kredit contactless yang diguna di kaunter kedai, atau kad seperti Touch 'n Go diguna di tol dan pengangkutan awam.
Kad seperti ini boleh berfungsi tanpa bateri sendiri. Apabila kad didekatkan kepada alat pembaca, medan elektromagnet daripada pembaca membekalkan tenaga kepada cip di dalam kad. Cip itu kemudian berkomunikasi dengan alat pembaca untuk memproses transaksi.
Di dalam kad contactless terdapat cip kecil yang disambungkan kepada antena, biasanya dalam bentuk gegelung wayar. Apabila kad didekatkan kepada pembaca, medan elektromagnet daripada pembaca menghasilkan arus elektrik dalam gegelung kad melalui proses yang dipanggil electromagnetic induction.
Kad menggunakan tenaga elektrik ini untuk menghidupkan cipnya, membolehkannya memproses maklumat dan memberikan respons kepada pembaca.
Proses ini serupa dengan cara pengecasan tanpa wayar berfungsi, cuma kad tidak ada bateri yang perlu dicas. Tenaga daripada pembaca digunakan terus untuk mengendalikan kad.
$ads={1}
Setelah cip mendapat tenaga yang mencukupi, ia berkomunikasi dengan alat pembaca. Maklumat yang dihantar bergantung pada jenis kad dan sistem pembayaran yang digunakan.
Bagi kad debit dan kredit contactless, cip menghasilkan kod keselamatan khusus untuk setiap transaksi yang dikenali sebagai cryptogram. Kod ini membantu mengesahkan transaksi dan menghalang kod lama daripada digunakan semula untuk membuat pembayaran lain.
Kad tol seperti Touch 'n Go pula menggunakan sistem kad tersendiri untuk memproses pembayaran daripada baki yang disimpan pada kad. Oleh sebab sistemnya berbeza, mekanisme keselamatannya tidak semestinya sama dengan kad bank.
Baca perbincangannya di r/explainlikeimfive.
