Bila berjalan kaki di laluan masuk tempat letak kereta, palang automatik langsung tidak bergerak, tapi bila kereta sampai terus terangkat? Mungkin ramai orang fikir ada kamera yang mengesan kenderaan, tapi selalunya ia sesuatu yang lain!
{tocify} $title={Isi Kandungan}
Gelung pengesan logam di bawah jalan
Di bawah permukaan jalan sebelum palang itu, biasanya ada satu inductive loop atau gelung pengesan logam. Ia ialah wayar yang dibenam dalam jalan dan disambung ke alat kawalan palang.
Bila arus elektrik melalui gelung ini, ia menghasilkan medan magnet lemah. Bila kenderaan yang ada logam berada di atasnya, medan itu berubah sedikit dan sistem dapat kesan perubahan tersebut.
Bila perubahan cukup kuat, alat kawalan akan hantar isyarat untuk menaikkan palang. Tapi bila orang berjalan kaki melintasi kawasan itu, tiada logam yang cukup untuk ubah medan magnet, jadi sistem tidak bertindak.
$ads={1}
Kenapa ada kenderaan tidak dikesan
Sistem ini boleh dilaras untuk lebih atau kurang sensitif. Dalam kebanyakan tempat, ia ditetapkan supaya hanya kenderaan besar seperti kereta dan lori yang dikesan. Tapi dalam keadaan tertentu, basikal atau motosikal kecil juga boleh dikesan jika kepekaan dinaikkan.
Walau bagaimanapun, ada juga kes di mana motosikal atau basikal langsung tidak mengaktifkan palang, terutama kalau badan ia diperbuat daripada bahan bukan logam seperti gentian karbon.
Beberapa gelung untuk tujuan berbeza
Dalam sistem tempat letak kereta, biasanya ada lebih daripada satu gelung.
Satu di hadapan (sebelum) palang untuk buka bila kenderaan sampai, satu lagi di kawasan selepas palang untuk pastikan palang tidak tertutup bila masih ada kenderaan di bawahnya; hanya menurunkan palang bila kenderaan melepasi gelung itu.
Ada juga gelung tambahan di bawah kawasan palang untuk tujuan keselamatan, supaya palang tidak tertutup kalau masih ada kenderaan di bawah palang (mungkin berhenti di bawahnya).
Palang berbayar
Bila kereta sampai, gelung kesan kehadiran logam dan hantar isyarat, tapi palang masih kekal terkunci sehingga sistem semak pembayaran atau kebenaran, seperti tiket daripada mesin, kad RFID, atau bayar melalui app. Selepas disahkan, sistem hantar signal untuk naikkan palang.
Teknologi lain yang kadang digunakan
Ada sesetengah tempat guna kamera, radar, atau penderia ultrasonik tapi biasanya lebih mahal dan perlukan penyelenggaraan lebih kerap. Sebab itu sistem gelung masih kekal popular; ia murah, tahan lama, dan berfungsi baik walaupun dalam hujan atau panas.
Secara ringkas, palang automatik kesan kehadiran logam melalui medan magnet di bawah jalan. Murah, tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai cuaca—gelung pengesan logam masih jadi pilihan utama untuk kebanyakan tempat letak kereta.
Sumber: Reddit (ELI5: How does the parking gate know the difference between people and vehicles?)
