Penerangan Mudah Tentang Leukemia

APAKAH PENYAKIT LEUKEMIA

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Apakah Leukemia

Leukemia ialah sejenis kanser/barah darah yang bermula di dalam sumsum tulang, iaitu tempat di mana semua sel darah dihasilkan.

Dalam keadaan normal, sumsum tulang yang membuat sel darah merah, sel darah putih, dan platlet yang cukup untuk badan.

Tapi bila seseorang menghidap leukemia, sumsum tulang mula menghasilkan terlalu banyak sel darah putih 'rosak' yang tak berfungsi dengan betul dan boleh menggangu penghasilan sel darah lain yang sihat.

Akibatnya, badan jadi kekurangan sel darah merah yang membawa oksigen dan juga kekurangan platlet yang hentikan pendarahan.

Sebab itu, pesakit leukemia selalunya cepat letih, mudah lebam, dan kerap kena jangkitan.

Walaupun punca sebenar masih belum difahami sepenuhnya, para doktor percaya bahawa ia mungkin berlaku kerana perubahan genetik dalam sel sumsum tulang yang menyebabkan penghasilan sel darah terganggu.

$ads={1}

Jenis Leukemia yang paling umum

Leukemia biasanya dibahagikan mengikut kadar perkembangannya, sama ada jenis akut atau kronik.

Akut (acute)

  • Leukemia akut berlaku bila sel yang rosak membiak dengan cepat, jadi pesakit boleh jatuh sakit dalam masa yang singkat.

Kronik (chronic)

  • Leukemia kronik pula lebih perlahan dan kadang-kadang tidak menunjukkan tanda yang jelas pada peringkat awal.

Tidak semua pesakit leukemia perlu rawatan segera.

Dalam kes yang kronik, doktor mungkin hanya akan memantau keadaan pesakit dahulu.

Tapi bagi kes yang agresif seperti akut, rawatan perlu dimulakan secepat mungkin untuk kawal pengeluaran sel darah yang tidak normal.

Simptom yang mungkin tanda awal Leukemia

Simptom leukemia selalunya nampak biasa saja pada awalnya, sebab itu ramai yang tidak perasan.

Rasa penat tanpa sebab, pucat, demam berulang, peluh malam, penurunan berat badan yang tidak disengajakan, atau lebam yang muncul dengan mudah antara tanda yang mungkin perlu diberi perhatian.

Bila simptom seperti ini tidak hilang-hilang, eloklah buat pemeriksaan darah. Doktor boleh nampak tanda awal leukemia melalui perubahan jumlah dan bentuk sel darah dalam ujian darah.

Punca Leukemia

Punca sebenar leukemia belum dapat dipastikan sepenuhnya, tapi ada beberapa faktor yang diketahui boleh meningkatkan risiko.

Antaranya pendedahan kepada radiasi tinggi, bahan kimia seperti benzena, atau rawatan kemoterapi sebelumnya.

Berkaitan faktor genetik, leukemia jarang disebabkan faktor keturunan. Walaupun boleh berlaku, ia adalah kes yang jarang.

Walaupun tiada cara pasti untuk mencegah leukemia, risiko boleh dikurangkan dengan menjaga gaya hidup sihat; tidak merokok, makan makanan seimbang, dan elak daripada terdedah kepada bahan kimia berbahaya.

Bagaimana Leukemia dikesan dan dirawat

Langkah pertama biasanya melalui ujian darah untuk periksa jumlah sel darah.

Jika ada tanda luar biasa, doktor mungkin ambil sedikit sampel sumsum tulang untuk diuji di makmal. Hasil ujian ini bantu menentukan jenis leukemia dan cara rawatan yang paling sesuai.

Rawatan leukemia bergantung kepada jenis dan tahap penyakit. Kaedah yang paling biasa ialah kemoterapi, iaitu rawatan yang menggunakan ubat khas untuk membunuh sel kanser.

Untuk kes tertentu, doktor mungkin guna terapi radiasi atau buat pemindahan sumsum tulang, yang kadang dipanggil pemindahan sel stem.

Rawatan moden juga semakin maju dan kadar sembuh bagi sesetengah jenis leukemia, terutama pada kanak-kanak, kini jauh lebih tinggi berbanding dulu.


Masa kini, rawatan leukemia sudah jauh lebih baik berbanding dulu. Ramai pesakit boleh hidup aktif dan terus buat perkara yang mereka suka. Walaupun proses rawatan panjang, ramai yang berjaya pulih atau kekal stabil bertahun-tahun. Dengan kemajuan ubat dan teknologi perubatan sekarang, peluang untuk sembuh juga makin tinggi setiap tahun.

Disclaimer: Maklumat dalam artikel ini hanya untuk tujuan pengetahuan umum dan bukan nasihat perubatan. Jika ada simptom atau kebimbangan tentang kesihatan, dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor.


Sumber: Reddit (ELI5 What is Leukemia?)

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama