Bagaimana Bolt Menahan Beban Yang Sangat Berat

bolt
Foto: John Triwinata (via Pexels)

Dalam satu perbincangan Reddit, ada pertanyaan tentang bagaimana benang pada bolt sangat kuat untuk menahan objek berat.

Mungkin sukar untuk membayangkan bagaimana benang atau ulir bolt boleh digunakan untuk menyambungkan mesin, kenderaan, jambatan dan pelbagai struktur lain.

Komen atau jawapan yang dikongsikan ramai orang dalam perbincangan itu menunjukkan ia bukanlah disebabkan benang semata-mata. Ada beberapa faktor yang terlibat.

Kawasan sentuhan benang (contact area)

Benang melilit mengelilingi bolt dalam bentuk spiral. Apabila beberapa benang bekerja pada masa yang sama, jumlah kawasan sentuhan sebenarnya boleh menjadi jauh lebih besar daripada yang disangka.

Setiap benang ini kelihatan kecil jika dilihat satu-satu, tapi gabungan kesemuanya itu mampu menghasilkan sambungan yang sangat kuat.

$ads={1}

Selepas mengetatkan bolt

Salah satu penjelasan yang kerap diberikan dalam perbincangan tersebut ialah bolt bukan sekadar "memegang" sesuatu.

Apabila bolt diketatkan, ia menarik dua bahagian dan menekannya dengan kuat. Ini menghasilkan apa yang dikenali sebagai daya pengapit (clamping force).

Disebabkan bahagian-bahagian itu ditekan dengan kuat antara satu sama lain, geseran juga terhasil. Geseran ini membantu menahan pergerakan kedua bahagian dan boleh menanggung sebahagian besar beban.

Ini bermakna kekuatan sambungan itu selalunya bukan bergantung kepada benang semata-mata, tetapi juga pada daya pengapit dan geseran yang terhasil.

Ada juga beberapa komen mengatakan bahawa bolt biasanya direka untuk meregang sedikit apabila diketatkan. Regangan ini sangat kecil dan selalunya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Jadi, apabila bolt itu cuba kembali ke panjang asalnya, ia terus menarik kedua bahagian yang diapit, dan ini membantu mengekalkan daya pengapit tersebut.

$ads={2}


Secara ringkas, menurut perbincangan dalam talian tersebut, beberapa faktor memainkan peranan seperti kawasan sentuhan yang besar, daya pengapit yang terhasil apabila bolt diketatkan, geseran antara permukaan, serta regangan kecil pada bolt.

Gabungan inilah yang membolehkan bolt menghasilkan sambungan yang sangat kuat.

Sumber: Perbincangan Reddit

Baca juga:

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama