"Kekeliruan Goomba" (Goomba Fallacy)
Kekeliruan Goomba ialah kesilapan pemikiran yang sering berlaku di internet.
Ia berlaku apabila kita melihat banyak komen atau pendapat yang bertentangan dalam satu kumpulan atau komuniti yang sama di media sosial.
Lalu kita anggap semua komen itu datang daripada satu orang atau seluruh kumpulan itu seperti satu individu yang seolah-olah bercanggah dengan diri sendiri atau tak konsisten.
Padahal sebenarnya kumpulan itu terdiri daripada ramai orang yang berbeza, dan setiap orang ada pendapat masing-masing.
$ads={1}
Sebagai contoh, dalam komuniti game, mungkin ada gamers yang fikir “Game ini terlalu mudah!” manakala yang lain pula kata “Game ini terlalu susah!”.
Seseorang dengan pengaruh Goomba Fallacy mungkin akan fikir “Apalah komuniti ni, tak tentu arah. Sekejap kata mudah, sekejap kata susah. Tak dapat tentukan apa yang mereka mahu.”
Sedangkan sebenarnya, pandangan tersebut datang daripada gamers yang berlainan, bukan satu orang yang berubah-ubah fikiran.
Kesilapan ini mudah berlaku di media sosial kerana semua komen muncul di tempat yang sama, dan kita kadang-kadang lupa bahawa di sebalik setiap nama pengguna, ada orang yang berbeza.
Kenapa dipanggil “Goomba Fallacy”
Nama ini datang daripada sebuah meme popular di X (Twitter) pada Januari 2024. Meme itu menggunakan watak Goomba (daripada game Super Mario) untuk menunjukkan situasi di mana ramai orang berbeza dianggap sebagai satu “watak” yang sama.
Sesetengah orang juga menyebut kesilapan ini sebagai “Same People Fallacy”, kerana ia melibatkan anggapan bahawa orang yang berbeza adalah “orang yang sama”.
Ada juga yang mengaitkannya dengan association fallacy, iaitu apabila kita menganggap sifat atau pendapat beberapa individu sebagai mewakili keseluruhan kumpulan, walaupun kumpulan itu sebenarnya terdiri daripada orang yang berbeza dengan pandangan masing-masing.
Ringkasnya, Kekeliruan Goomba berlaku bila kita salah anggap banyak suara berbeza sebagai satu suara yang tidak konsisten.
Sumber: Perbincangan Reddit
$ads={2}
