Dua istilah ada kaitan tapi bukan perkara yang sama.
False Flag (Bendera Palsu)
False flag atau bendera palsu ialah apabila seseorang melakukan sesuatu yang jahat tapi dibuat supaya kelihatan seperti pihak lain yang melakukannya.
Perkara utama di sini ialah penipuan tentang identiti. Membuat orang ramai percaya bahawa pihak yang (kononnya) salah bertanggungjawab.
Tujuannya untuk timbulkan kemarahan, alihkan kesalahan, atau dapatkan sokongan untuk balas dendam.
$ads={1}
Sebagai contoh, satu kumpulan mungkin lakukan serangan dan tinggalkan petunjuk supaya orang lain menyalahkan kumpulan lain. Atau serang diri sendiri dan salahkan musuh.
False flag bersifat menipu kerana melibatkan penipuan tentang siapa yang sebenar bertanggungjawab.
Kenapa dipanggil “false flag”?
Istilah ini berasal dari amalan lama di laut.
Dulu, kapal kadang-kadang mengibarkan bendera negara lain untuk mengelirukan pihak lawan, bertujuan untuk menipu indentiti sebenar atau mendekati tanpa disyaki.
Oleh itu, ia dipanggil “false flag” kerana menggunakan “bendera palsu” untuk menyamar.
Psyop (Operasi Psikologi)
Psyop (Psychological Operation) ialah konsep yang lebih luas, merujuk kepada usaha untuk mempengaruhi cara orang berfikir atau tindakan orang ramai.
Ia tidak semestinya melibatkan pembohongan. Kadang-kadang ia hanya bergantung pada cara maklumat disampaikan, atau apa yang ditunjukkan kepada orang ramai.
Boleh berlaku dalam banyak bentuk seperti mesej, kempen, atau perbuatan yang boleh dilihat.
Contohnya, sesebuah negara mungkin menghantar kapal tentera ke sesuatu kawasan, bukan untuk menyerang tetapi untuk tunjuk kuasa dan mempengaruhi reaksi pihak lain.
Psyop bergantung pada tujuan; ada yang bersifat manipulatif dan ada juga yang digunakan untuk bina kepercayaan atau kurangkan ketegangan.
Cara mudah nak ingat
-
False flag: buat sesuatu tapi salahkan orang atau pihak lain
-
Psyop: cuba mempengaruhi fikiran atau reaksi orang ramai.
Ringkasnya, false flag boleh dianggap sebagai salah satu jenis psyop, tapi tidak semua psyop adalah false flag.
$ads={2}
Sumber: Perbincangan Reddit
