Teori Internet Mati: Aktiviti Online Yang Bukan Daripada Manusia Sebenar

Pendek kata:
Teori internet mati atau Dead Internet Theory ialah idea di mana banyak aktiviti online bukan datang daripada orang sebenar tapi bots atau AI. Sebab itu kadang-kadang kita rasa macam sesuatu di internet itu palsu atau berulang-ulang.

Bot memang wujud dan konten AI semakin berleluasa, tapi nak kata kebanyakan kandungan di internet "mati" tidak dapat dibuktikan.

Sejarah

Ia mungkin telah dibincangkan pada tahun-tahun sebelumnya di forum lain, tetapi versi yang paling jelas muncul pada tahun 2021 di Agora Road's Macintosh Café dalam satu post bertajuk "Dead Internet Theory: Most Of The Internet Is Fake".

Post pada tahun 2021 ini yang membuatkan teori ini menjadi semakin tersebar.

$ads={1}

Apa maksud teori ini

Dead Internet Theory mengatakan kandungan di internet pada masa kini dipenuhi oleh benda-benda yang dibuat oleh mesin. Post, komen, malah keseluruhan sesuatu website itu juga mungkin dicipta dan digalakkan(boosted) oleh bot.

Sama ada kebanyakan atau sebahagian besar daripadanya adalah palsu, ia adalah tentang lebih banyak mesin "bercakap" dengan mesin berbanding manusia sesama manusia.

Kenapa orang mempercayainya

  • Bot ada di mana-mana. Mereka bina kepercayaan palsu dengan menulis sesuatu pos yang 'harmless', kemudian gunakan akaun tersebut untuk spam atau promosi sesuatu.
  • AI kini boleh menulis artikel, komen, malah cipta imej dengan cepat dan murah, jadi internet dipenuhi dengan benda-benda ini.
  • Orang-orang yang menjejak trafik web selalunya menjumpai sebahagian besar jejak ini datang daripada bots, bukan manusia. Mungkin dalam 1/3 atau 1/2 daripada trafik ini.

Daripada hal-hal seperti ini, ramailah orang yang fikir bahawa internet terasa 'kurang manusia' berbanding tahun-tahun dulu.

Bayangkan begini

Bayangkan sebuah taman permainan, dulu ia dipenuhi banyak kanak-kanak menjerit dan berlari keriangan. Kini kebanyakan kanak-kanak itu robot yang hanya saling meniru antara satu sama lain. Bila ada kanak-kanak sebenar muncul, suasana tetap bising tapi kanak-kanak sebenar itu rasa tak real.

Apa yang dibincangkan orang

Dalam perbincangan online, ada beberapa contoh disebut:

  • Sesetengah akaun bertindak normal selama beberapa bulan dengan pos-pos yang biasa/tak bahaya, kemudian dengan tiba-tiba bertukar jadi spam atau mempromosi sesuatu.
  • Bots berkoordinasi datang berkumpulan untuk reply atau like sesuatu konten dan naikkan konten itu ke top, termasuk konten AI. Ia jadi macam bot melayan bot.

Ada yang kata "90% palsu" tapi ini agak ekstrem dan hanya pendapat peribadi mereka, bukan bukti kukuh.

Jadi, apa masalahnya?

  • Bots boleh mempromosi produk, idea politik, atau sebar propaganda untuk agenda tertentu bagi mempengaruhi orang.
  • 'Bunyi' bising daripada bot menyebabkan suara orang sebenar tenggelam.

Apa yang boleh kita lakukan

  • Periksa dulu akaun seseorang sebelum mempercayainya, lihat sejarah mereka. Manusia sebenar kebiasaannya post kandungan yang bercampur aduk, bukan hanya sesuatu konten yang sama selama berbulan-bulan.
  • Jangan percaya pada satu sumber saja. Semak sesuatu dengan melihat pada sumber lain.
  • Jika miliki sesuatu page atau website, guna alat atau peraturan yang membuatkan bots sukar nak selit masuk. Contohnya CAPTCHA, atau peraturan tidak membenarkan akaun baru/fresh meninggalkan komen.

Sumber: Perbincangan Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama