Proses Hidupkan Komputer: Apa Berlaku Selepas Butang Power Ditekan

TL;DR: Menekan butang power di PC akan menghantar kuasa kepada komponen komputer, menjalankan pemeriksaan hardware, membuat persediaan sistem melalui UEFI atau BIOS, kemudian memulakan sistem operasi sehingga paparan desktop atau skrin login muncul.

{tocify} $title={Table of Contents}

1. Kuasa dihantar ke bahagian utama

Bila butang power ditekan, power supply hantar elektrik ke komponen utama seperti processor (CPU), memori (RAM), dan bahagian penting lain pada motherboard.

2. Komputer periksa hardware

Selepas itu, komputer menjalankan proses ringkas dipanggil POST (Power On Self-Test). Ia periksa sama ada memori, processor, dan komponen penting lain ada dan berfungsi. Jika ada masalah serius, ia mungkin tunjuk mesej ralat, mengeluarkan bunyi 'beep' atau langsung tidak hidup.

  • Langkah ini bagi memastikan sistem tidak terus berjalan dengan komponen rosak atau hilang yang boleh sebabkan ralat kemudiannya.
$ads={1}

3. UEFI atau BIOS bermula

Komputer kemudian memulakan program kecil pada chip di motherboard dipanggil UEFI atau BIOS. Program ini membuat persediaan pada hardware untuk diguna dan menentukan peranti storan mana yang perlu diperiksa untuk sistem operasi.

  • Tanpa langkah ini, komputer tidak tahu di mana perlu mencari sistem operasi seperti Windows.

3.1 Sistem moden vs sistem lama

Kebanyakan komputer moden guna UEFI yang lebih laju dimulakan, boleh mengurus storan lebih besar, dan ada tetapan yang lebih mesra pengguna berbanding sistem BIOS lama.

4. Bootloader diaktifkan

Bootloader ialah program kecil dalam peranti storan. Tugasnya ialah memulakan sistem operasi. Sesetengah bootloader membolehkan pengguna untuk pilih antara beberapa sistem operasi (Windows, Linux, ...), manakala yang lain terus mulakan satu secara automatik.

  • Bootloader ialah penghubung antara firmware (UEFI atau BIOS) dan sistem operasi. Tanpanya, sistem operasi tidak akan bermula.

5. Sistem operasi mula berjalan

Bootloader mengaktif dan memulakan bahagian utama sistem operasi dipanggil kernel ke dalam memori. Kernel bertanggungjawab mengawal hardware dan memulakan servis-servis penting.

  • Kernel ialah teras sistem operasi. Tanpanya, sistem tidak boleh urus hardware atau menjalankan program.

6. Sistem memulakan ciri tambahan (features) dan tetapan

Selepas kernel bersedia, sistem operasi mula jalankan program dan servis tambahan seperti sambungan network, tetapan display, dan pilihan pengguna (user preferences). Bila semuanya siap, paparan desktop atau skrin log masuk akan muncul.

  • Servis tambahan ini membuat komputer bersedia untuk penggunaan biasa harian dan memastikan tetapan pilihan pengguna digunakan.

Perkara yang boleh lambatkan permulaan (startup)

  • Guna hard drive HDD yang perlahan berbanding SSD yang lebih laju
  • Terlalu banyak program yang mula secara automatik bila buka (turn on) PC
  • Firmware sistem atau sistem operasi yang tidak dikemas kini
  • Hardware rosak atau ralat semasa proses POST

Shutdown sistem dengan selamat

Tutup komputer dengan betul membantu kekalkan sistem operasi dan hardware dalam keadaan baik. Elak matikan power secara terus kecuali sistem betul-betul beku (tidak dapat digerakkan) dan tidak boleh ditutup seperti biasa.

Gambaran ringkas langkah demi langkah

  1. Kuasa dihantar ke komponen.
  2. Hardware diperiksa untuk kesan masalah.
  3. UEFI atau BIOS membuat persediaan pada sistem.
  4. Bootloader memulakan sistem operasi.
  5. Kernel kawal hardware.
  6. Paparan desktop atau skrin log masuk bersedia untuk digunakan.

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama