Perbezaan TV dan Monitor Komputer

apa beza tv dan monitor
Foto oleh Diana (via Pexels)

Bila dipandang, TV dan monitor PC nampak sama saja. Keduanya sekadar sebuah peranti yang ada skrin besar, dan boleh sambung dengan HDMI. Jadi, kadang-kadang timbul persoalan "Kenapa tak guna TV saja sebagai monitor". Tak semudah itu sebenarnya sebab cara skrin masing-masing direka berbeza.

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Bagaimana TV mengendalikan imej

Televisyen direka dengan tujuan utama untuk tontonan rancangan dan movie. Disebabkan ini, ia selalunya mengguna pemprosesan imej ekstra. Ini boleh termasuk upscaling, color boosting, atau motion smoothing. Ciri-ciri ekstra ini boleh membuat movie nampak lebih cantik.

Bila TV diguna sebagai monitor, pemprosesan tadi boleh menambah delay. Contohnya, kita gerakkan mouse atau tekan butang keyboard, kita boleh rasa dan nampak apa yang berlaku di skrin agak lambat, tak serta merta.

Banyak TV kini ada game mode yang menutup hampir kesemua pemprosesan itu. Ini banyak membantu kurangkan delay tersebut tapi masih tak terasa seperti monitor PC sebenar.

$ads={1}

Monitor fokus pada kelajuan

Secara amnya, monitor dibina untuk diguna pada jarak dekat di atas meja. Dan selalunya menyasarkan input lag (delay tadi) rendah, dan tindak balas atau respon pantas. Imej ditunjuk di skrin secara terus dengan hanya sedikit pemprosesan ekstra.

Sebab inilah monitor terasa lebih responsif bila menaip, menggerakkan mouse atau window, ataupun semasa bermain game yang perlukan reaksi pantas. Monitor juga biasanya menyokong refresh rate yang lebih tinggi seperti 120 Hz, 240 Hz atau lebih daripada itu.

Kejelasan teks dan jarak tontonan

Satu lagi perbezaan ialah ketumpatan pixel (pixel density) dan jarak tontonan. TV direka untuk ditonton dari jarak jauh beberapa meter. Disebabkan ini, bila duduk terlalu dekat dengan TV, teks kelihatan agak kabur dan kurang 'clean'.

Ini bukanlah bermaksud teks di TV tak bagus atau buruk, tapi boleh dianggap sebagai common issue.

Monitor PC pula, direka untuk diguna pada jarak dekat. Teks selalunya nampak tajam dan jelas dan mudah dibaca untuk sesi yang panjang.

Motion smoothing (dan kenapa ia rasa pelik)

Banyak TV menyertakan ciri motion smoothing dan ada sesetengah model mungkin mengaktifkannya secara default. Ciri ini mencipta frames ekstra supaya pergerakan imej nampak lebih lembut. Ini membuat movie nampak tak natural. Tapi ada juga orang yang suka ciri ini untuk rancangan sukan.

Monitor PC biasanya tidak ada ciri ini disebabkan delay yang ia berikan.

Bunyi, input dan penggunaan harian

TV dilengkapi pembesar suara dan banyak pilihan input. Monitor pula ada pembesar suara yang lemah atau tiada langsung.

TV moden juga cenderung ada aplikasi dan menu pintar. Kadang-kadang ia ada home screen tersendiri. Benda-benda ini adalah normal pada TV tapi boleh menjengkelkan jika seseorang hanya mahu sebuah paparan PC yang simple.

Bolehkah TV diguna sebagai monitor?

Dalam kebanyakan kes, ya. Ada model baru yang menyokong ciri seperti refresh rate berubah-ubah (variable refresh rates) dan mod low-latency. Bila ditetap dengan betul, ia boleh jadi sesuai untuk penggunaan harian, dan malah gaming juga.

Tapi untuk sesi kerja yang panjang, input tepat (contohnya paparan warna sebenar untuk kerja-kerja editing), atau game kompetitif, sebuah monitor sebenar yang memang direka untuk tujuan-tujuan ini adalah lebih bagus.


Sebagai kesimpulan, TV dan monitor direka dengan keutamaan berbeza. TV fokus kepada penambahbaikan imej dan jarak tontonan jauh, manakala monitor fokus kepada kelajuan, kejelasan, dan penggunaan jarak dekat.

Boleh kalau nak guna TV sebagai monitor, cuma perlu terima beberapa kekurangan seperti delay atau teks yang kurang tajam. Dan tetapan perlulah tepat.

Sumber: Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama