Kenapa PC Desktop Selalunya Lebih Berbaloi Berbanding Laptop

apa proses pasang turn on pc komputer
Foto: Minh Phuc (via Pexels)

Ringkasnya

Pada harga yang lebih kurang sama antara kedua peranti ini, PC desktop atau lebih biasa disebut PC saja, selalunya mempunyai spec dan nilai yang lebih baik kerana ia menggunakan bahagian atau komponen besar dan lebih murah, dan mudah upgrade, tanpa perlu korbankan sesuatu disebabkan kekangan ruang.

Sebaliknya, laptop direka dalam keadaan yang memerlukan banyak custom komponen kecil jadi ia mempengaruhi harga di samping mempunyai kos tambahan seperti skrin dan bateri.

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Apa sebenarnya berlaku

Dalam artikel ini, PC desktop dimaksudkan adalah komputer yang dibina dengan memasang komponen-komponen yang datang dari pelbagai jenama, dibina di kedai atau rumah, bukan PC yang sudah pasang siap DARI KILANG pengeluar seperti Dell Optiplex atau HP ProDesk contohnya (dipanggil OEM prebuilt). PC OEM ini selalunya menggunakan rekaan tersendiri, jadi tidak semuanya mengikut standard biasa PC.

$ads={1}

1. Kuasa dan sistem penyejukan

PC desktop ada ruang luas untuk guna kipas yang lebih besar dan lebih banyak heat sinks, jadi ini membolehkan ia mengguna limit kuasa yang lebih tinggi. Maknanya, komponen boleh berfungsi dengan lebih kuasa berpanjangan.

Laptop pula perlu kekalkan suhu dan kuasa rendah kerana saiz kecilnya, dan kadang ia diletak di atas paha. Jadi chip sama di PC desktop bila dipasang pada laptop, selalunya berfungsi lebih perlahan sebab had kuasa dan haba.

2. Kos bahagian tambahan yang terdapat pada laptop

Sebuah laptop akan mempunyai skrin, keyboard, trackpad, bateri, dan case yang ringan tapi kuat. Bahagian-bahagian ekstra inilah yang menambahkan lagi harganya.

Dengan PC desktop, kita tak perlu beli monitor dan keyboard jika memang sudah ada memilikinya. Jadi, lebih banyak duit dapat dibelanjakan pada bahagian penting dalam PC.

3. Bahagian PC guna rekaan standard, membuatkannya lebih murah

PC desktop mengguna komponen dan sambungan yang standard, bermaksud design yang boleh digunapakai di pelbagai PC. Dan banyak jenama yang menghasilkan bahagian-bahagian ini. Ini mencipta persaingan dan harga yang lebih baik.

Kita juga dapat ganti sesuatu bahagian dalamnya tanpa perlu menggantikan keseluruhan PC itu.

Laptop biasanya guna bahagian yang direka secara custom, ataupun kecil, jadi nak naik taraf agak terhad dan kos untuk baiki juga boleh menjadi lebih mahal.

4. Membuat rekaan laptop kecil menaikkan kos

Laptop yang nipis, ringan dan senyap memerlukan bahagian-bahagian istimewa dan rekaan yang rumit serta berhati-hati. Bahagian-bahagian ini perlu guna kuasa yang lebih rendah kerana laptop menggunakan bateri, dan keluarkan kurang haba dalam rekaan yang sempit.

Kerja rekaan yang lebih rumit dan penggunaan komponen khas inilah yang menyebabkan kos meningkat.

Untuk harga yang sama seperti ini, sebuah PC desktop dapat berikan prestasi yang lebih baik daripada laptop.

5. PC desktop bersaiz kecil

PC mini ataupun PC yang lebih kecil daripada biasa kini semakin bagus. Walaupun proses naik taraf tak semudah PC saiz besar/normal, PC kecil masih tetap boleh berikan prestasi yang lebih bagus (performance per dollar) berbanding banyak laptop.

PC kecil ini adalah satu pilihan yang bagus jika kita cuma mahukan sebuah peti kecil di atas meja.

Bila laptop menjadi pilihan yang lebih baik?

Kos extra dan harga mahal sesebuah laptop itu berbaloi pada seseorang yang banyak bergerak ke pelbagai tempat, atau kerap travel. Ataupun bila kita perlukan skrin dan baterinya.

Kebanyakan laptop sesuai untuk hal-hal harian biasa seperti melayari internet, kerja ofis, tonton video atau untuk games ringan.

Pertimbangan bila membuat keputusan

  • Nak prestasi terbaik berdasarkan harga yang berbaloi, dan dapat naik taraf di masa depan? Biasanya pilih PC desktop.
  • Cuma mahu sesuatu yang kecil di atas meja? Boleh pertimbangkan PC kecil atau mini.
  • Setiap hari bawa komputer ke mana-mana? Berbaloi berbelanja pada laptop.
  • Ambil peduli tentang mudah baiki dan alat ganti? Kos baiki PC desktop biasanya lebih murah.

Kesimpulannya, jika mahu prestasi yang terbaik untuk duit dan bercadang nak simpan komputer itu dalam masa yang lama, PC desktop selalunya berikan nilai yang lebih bagus.

Jika mudah alih lebih penting, maka laptop lebih sesuai walaupun ia lebih mahal berbanding PC desktop yang ada spec sama.

Sumber: Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama