Pendek kata:
Kebanyakan perbelanjaan itu pergi ke:
- Gaji pekerja seramai ratusan orang untuk tempoh beberapa tahun.
- Sewa pejabat, peralatan, software, servers, dan kos-kos harian yang lain.
- Pemasaran, seperti iklan, trailer, event, dan bayaran kepada pempengaruh.
Kesemua kos ini bukan hanya dalam koding dan programming, tapi juga merangkumi keseluruhan team besar yang terlibat dan bayaran pelbagai perkakasan serta pengiklanan.
Bagaimana sesebuah video game memakan kos ratusan juta dollar untuk dibuat?
Mungkin anda pernah terdengar atau terbaca tentang kos pembuatan sesuatu video game yang mencecah ratusan jutaan dollar seperti ianya tak masuk akal. Apa benda yang memakan belanja sebanyak itu?
Jawapannya biasa saja; kebanyakan duit itu pergi ke orang. Gaji, ruang bekerja, faedah pekerja seperti cuti berbayar, dan lain-lain.
$ads={1}
1. Kebanyakannya adalah kos pekerja
Misal kata sesebuah game mengambil masa 4 ke 5 tahun untuk siap. Pembuatan video game yang besar, kebiasaannya perlukan ratusan orang. Jika seseorang berpendapatan $80,000 setahun, kemudian dikira juga kos insurans kesihatan, cukai, dan kos syarikat yang lain, ia boleh capai lebih daripada $150,000 seorang, setiap tahun. Darabkan itu dengan 500 orang untuk 5 tahun, ia mencapai lebih daripada 300 juta!
Ini bukan hanya setakat programmers saja. Ada designers, artis, animators, jurutera bunyi, producers, testers, penulis, pelakon suara, dan banyak lagi.
Sesetengah mereka adalah sepenuh masa, ada yang mengikut kontrak, dan sesetengahnya terlibat dalam pembuatan game itu untuk seketika saja. Bila dicampur semua, sekejap saja perbelanjaan naik.
2. Kos ofis dan perkakasan juga mahal
Studio besar biasanya memerlukan ruang pejabat yang besar, dan kadar sewa boleh jadi sangat tinggi di kawasan bandar major. Sewa bukan murah dan mungkin semua orang perlukan sebuah komputer. Sesetengah artis guna workstations yang berharga ribuan dollar.
Kemudian, ada pula kos lesen, servers, storan, elektrik, penghawa dingin, makanan, dan bermacam-macam lagi.
Malah perkara-perkara kecil seperti kertas, pencetak, dan pengawal keselamatan juga diambil kira. Ini tetap termasuk dalam bajet.
3. Kos pemasaran yang tinggi
Setelah game siap, mereka masuk ke fasa penjualan. Di sinilah berlaku perbelanjaan pemasaran seperti trailers, iklan, pempengaruh, acara pelancaran, media sosial, kedai, dan sebagainya.
Kadang-kadang, bajet untuk marketing pun jadi sebesar kos membuat game itu—untuk pastikan orang tahu kewujudan game mereka.
Jadi kesimpulannya, ratusan juta dollar itu pergi kepada usaha selama bertahun-tahun. Ia bayar ribuan orang, dan bangunan, peralatan, hardware, dan software. Kemudian membayar semua hal yang diperlukan bagi pelancaran dan penjualan game.
300+ juta dollar taklah 'gila' bila kita fikir sesuatu tugas yang kompleks dan rumit dibuat pada skala besar untuk jutaan pemain di seluruh dunia.
Sumber: Reddit
