Bitrate dan Bandwidth: Menonton dan Siaran Live (Langsung)

Maksud bitrate

Bitrate ialah jumlah data yang video atau audio guna setiap saat. Ia ditentukan oleh video itu sendiri, atau program yang menghantar siaran tersebut, seperti Youtube, Twitch, Netflix, dan lain-lain. Resolusi tinggi selalunya perlukan bitrate tinggi.

Biasanya, bitrate yang tinggi mempunyai lebih banyak details. Tapi tak semestinya bermaksud lebih bagus, kerana faktor lain seperti jenis codec (kaedah untuk mampat (compress) dan mainkan video) dan apa yang ada di skrin itu juga penting.

Ada 2 jenis bitrate: Constant bitrate (tetap, tidak berubah) dan variable bitrate (berubah-ubah).

Maksud bandwidth

Bandwidth ialah seberapa banyak line internet kita boleh bawa data pada masa itu.

Ia boleh berubah-ubah disebabkan kualiti Wi-Fi, kesesakan network, ataupun jarak antara kita dengan router itu.

Ini diukur menggunakan speed test. Kalau kadar bitrate lebih tinggi daripada kelajuan download (bandwidth), video yang ditonton akan tersekat-sekat (disebut buffering). Contohnya, menonton Youtube pada kualiti 4K guna internet mobile yang perlahan.

Cara mudah untuk faham

  • Bitrate → demand (permintaan)
  • Bandwidth → supply (bekalan)

Keduanya diukur sebagai 'data per second', jadi mereka guna unit yang sama: Mbps.

Video yang lancar tiada buffering (sebagai streamer ataupun penonton), kadar bitrate video perlu selalu di bawah bandwidth—kelajuan upload (streamer) atau kelajuan download (penonton).

Yang mana lebih penting?

Kedua-duanya penting untuk tonton dan live stream. Bitrate untuk kecantikan imej (kualiti) video, dan bandwidth untuk kelancaran video.

Sebagai penonton, bandwidth kelajuan download lebih utama supaya boleh pilih kualiti yang lebih baik dan video tak tersekat-sekat. Sebagai streamer, bandwidth kelajuan upload lebih penting supaya video yang disampaikan berkualiti dan juga tak tersekat-sekat.

Masalah timbul bila bitrate terlalu tinggi, atau gangguan bandwidth

└─ Bila bitrate lebih tinggi daripada bandwidth

Bayangkan bandwidth dan bitrate seperti jalan highway. Jumlah lane adalah bandwidth, manakala jumlah kereta di atas jalan itu adalah bitrate. Bila terlalu banyak kereta di jalan highway itu pada satu masa, dengan jumlah lanes yang terhad, trafik jadi perlahan ataupun terhenti.

Ini seperti menonton video 4K di youtube guna internet perlahan. Video kerap tersekat-sekat kerana bandwidth terlalu padat.

└─ Gangguan pada bandwidth akibat signal lemah atau kesesakan

Bayangkan bandwidth seperti kepala paip dan bitrate seperti air yang keluar. Jika tekanan air rendah, walaupun paip dibuka besar, air yang keluar tetap sedikit.

Ini berlaku bila terlalu ramai orang guna internet pada masa sama, atau signal tidak baik, jadi video atau streaming menjadi perlahan.

Codec baru untuk bitrate rendah

youtube codec av1

Kini ada codec baru seperti AV1 yang boleh tunjukkan gambar clear walaupun guna bitrate rendah, berbanding codec lama seperti H.264 yang perlukan bitrate tinggi untuk nampak cantik.

Contohnya, sesuatu video 6Mbps dengan codec AV1 mungkin nampak sama cantik dengan sebuah video 20Mbps yang mengguna codek H.264.

Bitrate dan apa yang sedang berlaku di skrin

Bergantung pada apa yang sedang berlaku di skrin. Kalau sesuatu adegan tenang tanpa apa-apa berlaku, bitrate rendah boleh nampak cantik. Tapi bila ada adegan dan aksi yang pantas, selalunya ia memerlukan bitrate yang lebih tinggi.

Adaptive bitrate

youtube auto quality

Kebanyakan servis streaming masa kini membolehkan kualiti video dikawal secara automatik bila kelajuan download turun naik. Contohnya, pilihan kualiti 'Auto' di Youtube. Ini disebut adaptive bitrate streaming.

Sistem ini khususnya untuk penonton, manakala streamer masih perlu kawal bitrate upload mereka sendiri.

Sumber: Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama