Banner Kuki: Kalau Tak Klik 'Accept' Atau 'Reject'

Bila banner itu diabaikan, kebanyakan website selalunya akan masih menetap dan membenarkan essential cookies (kuki penting) supaya laman web itu berfungsi dengan betul.

Di negara-negara di mana undang-undang privasinya ketat, tracking cookies (kuki penjejak) perlu tunggu persetujuan (consent) pengunjung/pengguna terlebih dahulu.

Apa jadi kalau pengguna abaikan saja banner itu

Di negara-negara yang mempunyai undang-undang ketat berkaitan privasi (seperti EU dan UK), laman web sepatutnya tunggu persetujuan pengunjung sebelum mereka menetapkan apa-apa tracking cookies.

Tapi realitinya, tak semua laman web ikut peraturan ini. Sesetengahnya boleh aktifkan tracking cookies tanpa disedari.

Essential cookies pula adalah kuki yang membuat pengunjung kekal logged in, dark mode, atau ingat barang-barang di dalam shopping cart mereka, di mana kuki ini terus dibenar dan dijalankan tanpa tanya persetujuan pengunjung.

Jika pengunjung tak klik 'Accept' atau 'Reject', laman web biasanya tetap guna essential cookies supaya ia berfungsi. Tracking cookies sepatutnya tunggu persetujuan di laman yang patuh undang-undang privasi, tapi ada kemungkinan sesetengah laman tetap aktifkannya, jadi penjejakan masih boleh berlaku.

$ads={1}

Pelayar web bantu kurangkan tracking

Banyak laman web ada 3rd-party trackers daripada iklan atau analytics. Penjejak ini ikut pengunjung ke mana-mana website lain.

Contohnya, jika kedua-dua website A dan B guna perkhidmatan iklan atau analytics daripada syarikat yang sama, pihak ketiga ini boleh mengesan lawatan pengunjung di kedua-dua laman tersebut.

Tujuan trackers ini ikut pengunjung ke mana-mana adalah untuk kumpul maklumat berkaitan tabiat dan minat seseorang semasa melayari internet.

Pelayar web seperti Firefox dan Brave boleh menyekat atau mengasingkan banyak tracker 3rd party secara automatik. Walaupun tak sempurna, ini membantu mengurangkan banyak cross-site tracking.

firefox sekat kuki penjejakan

Tracking masih boleh berfungsi walau tiada kuki

Kuki bukanlah satu-satunya kaedah untuk menjejak pengguna.

Laman web boleh guna alamat emel, butiran peranti, atau isyarat halus dari pelayar web (disebut 'fingerprinting') untuk mengenal pasti pengguna di pelbagai website tanpa kuki (atau disekat).

Beberapa langkah untuk kurangkan tracking

  • Semak banner kuki dahulu sebelum klik 'Accept' kerana ada sesetengah banner sembunyikan setting tertentu berkaitan tracking.
  • Semak kuki di pelayar web untuk tengok apa yang disimpan selepas mengunjungi sesuatu laman.
  • Sekat kuki 3rd-party di browser untuk hentikan cross-site tracking. Ini biasanya masih kekalkan laman web itu berfungsi seperti biasa.
  • Guna pelayar web yang fokus pada privasi seperti Firefox dan Brave kerana tracker disekat 'by default' setelah install.
  • Hapuskan kuki bila pelayar web ditutup jika pengguna mahu privasi yang lebih ketat.
pelayar web brave sekat kuki

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama