Kenapa Filem Jarang Dirakam Dalam High Frame Rate

Kenapa Filem Masih Guna 24 FPS bukan 48 atau 60

Mungkin ramai rasa video dengan FPS tinggi seperti 60fps nampak lebih lancar dan bagus. Tapi bila filem/movie cuba guna kadar bingkai tinggi atau high frame rate (HFR) seperti 48 atau 60 fps, reaksi penonton selalunya bercampur.

Ada yang suka sebab nampak lebih jelas, tapi ramai juga rasa pelik, ia terasa macam tengok drama TV murah dan bukan filem besar di pawagam.

$ads={1}

24 fps sebagai standard filem/movie

Sejak awal sejarah perfileman, hampir semua filem dirakam pada 24 fps. Kadar ni jadi standard sebab cukup untuk buat gerakan nampak lancar, dan pada masa sama jimat kos filem serta simpanan.

Ini kerana dulu produksi guna gulungan filem fizikal, bukan format digital seperti sekarang. Jadi kadar FPS yang lebih tinggi bermakna penggunaan gulungan filem juga meningkat, sekali gus naikkan kos dan ruang simpanan.

Lama-kelamaan, mata penonton dah terbiasa dengan gaya gerakan 24 fps ni.

Jadi bila kadar frame dinaikkan, otak rasa macam ada yang tak kena. Di Barat, kesan ni sering dipanggil "soap opera effect", iaitu istilah untuk gambarkan gerakan yang nampak terlalu lancar dan nyata/real sampai hilang rasa sinematik yang biasa ada dalam filem.

Motion blur bantu buat gerakan nampak semula jadi

Dalam kadar frame rendah seperti 24 fps, gerakan kabur atau motion blur lebih ketara bila pelakon atau kamera bergerak. Kabur ni buat pergerakan nampak lembut dan selesa ditonton, sebab tahap kaburnya lebih kurang sama dengan apa yang mata kita nampak dalam gerakan sebenar.

Bila guna HFR seperti 48 atau 60 fps, motion blur jadi kurang dan semua benda nampak terlalu tajam. Bila semuanya terlalu jelas, hasilnya boleh rasa janggal dan kurang "rasa filem", seperti tonton video dirakam dengan smartphone.

Kos produksi dan CGI jadi lebih berat

Filem dengan banyak kesan khas (VFX) akan jadi jauh lebih mahal kalau dirakam dalam HFR. Ini sebab setiap frame tambahan perlukan masa dan kuasa komputer lebih tinggi untuk di-render.

Kalau filem biasa ambil berbulan nak siap dalam 24 fps, kadar frame dua kali ganda boleh gandakan beban kerja dan kadang buat CGI nampak kurang elok sebab semuanya terlalu jelas bila ditonton.

Tak semua pawagam sokong HFR

Walaupun teknologi pawagam makin canggih, tak semua tempat boleh tayang filem dalam HFR.

Banyak projektor lama hanya sokong 24 atau 30 fps, jadi filem HFR selalunya perlu dikonvert semula sebelum ditayangkan. Ini antara sebab utama kenapa studio besar masih guna kadar biasa.

Teknologi baru HFR sinematik

Sekarang ada usaha dari beberapa negara seperti China dan Eropah untuk memperkenalkan "cinematic HFR", iaitu versi kadar bingkai tinggi yang digredkan khas supaya gerakannya nampak semula jadi.

Dengan teknologi projektor laser yang lebih cerah dan sistem baru seperti "motion grading", masalah visual yang dulu mungkin berkurang.

Tapi buat masa ini, penerimaan penonton masih tidak menentu. Barangkali akan ambil masa lama sebelum HFR jadi biasa di pawagam seluruh dunia.


Kesimpulannya, walaupun HFR nampak menarik dari segi teknologi kerana ada kelebihan kejelasan dan smoothness, gaya 24 fps masih lebih dekat dengan apa yang penonton anggap sebagai "rasa filem".

Mungkin satu hari nanti HFR akan jadi biasa, tapi buat masa ini, kebanyakan filem masih kekal dengan kadar 24 fps yang memberikan kesan sinematik.

Sumber: Reddit (ELI5 Why aren't movies more commonly shot in high frame rate?)

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama