Kapal-kapal pada masa kini kelihatan sangat besar, jadi timbullah juga persoalan mengapa ia tidak terus membesar kerana laut itu sangat luas. Adakah terdapat had kejuruteraan yang ketat, atau adakah sesuatu yang lain menghalangnya?
Biasanya, kapal terhad oleh dunia di sekelilingnya, bukan oleh lautan itu sendiri. Masalah yang lebih besar bermula apabila kapal itu perlu pergi ke suatu tempat.
Had di kawasan pelabuhan
Sebuah kapal perlu berlabuh untuk memuat dan memunggah kargo. Jika terlalu panjang, terlalu lebar, atau terlalu dalam, banyak pelabuhan tidak dapat mengendalikannya.
Dok, kren, dan kedalaman pelabuhan dibina untuk saiz tertentu. Contohnya, kebanyakan kapal moden terhad sekitar 400 meter panjang kerana itulah had praktikal pelabuhan dan laluan utama.
Membina pelabuhan baharu hanya untuk beberapa buah kapal yang sangat besar adalah mahal dan selalunya tidak berbaloi.
$ads={1}
Terusan dan laluan sempit
Jalan pintas utama seperti Terusan Panama atau Terusan Suez mempunyai had saiz yang ketat. Kapal yang terlalu besar tidak dapat lalu di kawasan seperti ini dan mesti mengambil laluan yang lebih panjang di sekitar benua, yang memerlukan lebih banyak masa dan bahan api.
Bagi banyak kapal jenis kargo, kos tambahan itu menjadikan kapal kurang menarik walaupun ia boleh membawa lebih banyak muatan.
Isu pengendalian kapal
Kapal yang sangat besar bergerak perlahan, dan bukan hanya dari segi kelajuan. Ia boleh mengambil jarak yang jauh untuk berhenti dan kawasan yang luas untuk membelok. Dan susah beroperasi di kawasan sibuk.
Di lautan terbuka, ini mungkin boleh diuruskan, tapi menjadi berisiko bila berhampiran garis pantai (coastlines) yang sibuk, pelabuhan atau laluan air yang sempit. Keadaan jadi lebih berbahaya dan operasi jadi lebih ketat.
Kelajuan pemunggahan (unloading)
Kapal kargo yang sangat besar boleh mengambil masa terlalu lama untuk memunggah. Ini membuat kapal itu berhenti lama. Kapal kargo hanya untung bila muatan bergerak, bukan bila diam di pelabuhan.
Keadaan ini boleh menjadikan pelabuhan kurang efisien lalu mendorong syarikat perkapalan memilih pelabuhan lain. Dan sesetengah syarikat perkapalan mungkin memilih untuk tidak menggunakan kapal yang terlalu besar di pelabuhan tersebut.
Faktor ekonomi
Kapal yang lebih besar lebih mahal untuk dibina, diinsuranskan dan diselenggara. Kapal-kapal ini juga mungkin tak ada banyak tempat boleh mereka lawati. Walaupun jurutera boleh membina kapal yang jauh lebih besar, syarikat perkapalan mungkin tidak melihat manfaatnya.
Pendek kata, kapal-kapal yang lebih besar tak dibina kerana mereka jadi semakin susah nak diguna di dunia sebenar.
Sumber: Reddit
