Kesan Kafein Kepada Tubuh Badan

APAKAH KESAN KAFEIN KEPADA TUBUH BADAN

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Kafein Tidak Menjana Tenaga

Kafein (caffeine) sebenarnya tidak memberi tenaga seperti yang ramai orang sangka. Kafein menyekat reseptor otak dan menghalang adenosina daripada melekat padanya.

Adenosina ialah bahan kimia yang buat kita rasa mengantuk. Semakin lama kita berjaga, semakin banyak adenosina terkumpul. Bila ia melekat pada reseptor, otak terima isyarat mengantuk.

Bila reseptor ini disekat kafein, otak tidak terima isyarat untuk berehat, jadi seseorang berasa lebih segar dan bertenaga.

Selain itu, kafein juga boleh mencetuskan pembebasan hormon seperti adrenalin yang meningkatkan kadar denyutan jantung dan memberi kesan "terjaga".

$ads={1}

Pengaruh Kafein pada Penggunaan Tenaga Simpanan dalam Badan

Kesan kafein termasuk cara badan menggunakan tenaga simpanan. Kafein boleh ubah cara badan guna tenaga, kadang bantu bakar lebih banyak lemak dan jimatkan penggunaan glikogen (sumber tenaga utama daripada karbohidrat).

Ini sebabnya kafein kadang-kadang dimasukkan dalam produk penurunan berat badan kerana ia boleh membantu badan guna tenaga dengan lebih cekap.

Adaptasi dan Ketagihan Kafein

Pengambilan kafein secara kerap boleh menyebabkan badan mula menyesuaikan diri, jadi kesannya makin berkurang dan seseorang mungkin perlukan lebih banyak kafein untuk rasa kesan yang sama seperti sebelumnya.

Bila kerap ambil kafein, otak akan terbiasa dengan keadaan di mana reseptor adenosina sentiasa dihalang. Untuk seimbangkan keadaan itu, otak mula hasilkan lebih banyak reseptor supaya adenosina masih boleh berfungsi.

Jadi bila tiba-tiba berhenti ambil kafein, semua reseptor termasuk yang tambahan, terbuka dan adenosina yang banyak akan terus melekat padanya.

Isyarat mengantuk jadi lebih kuat daripada biasa, sebab itu ramai rasa sangat letih atau sakit kepala semasa tempoh withdrawal—otak sedang cuba adapt/menyesuaikan diri semula.

Ini biasanya berlaku 12–24 jam selepas berhenti mengambil kafein, dan hilang dalam masa 2–9 hari.

Kesan Sampingan Jika Berlebihan

Walaupun kafein boleh bantu tingkatkan fokus dan tenaga, pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kesan seperti kegelisahan, sukar tidur, atau degupan jantung yang cepat.

Jadi, kesan "tenaga tambahan" sebenarnya datang daripada manipulasi isyarat otak dan penggunaan tenaga simpanan, bukan daripada penghasilan tenaga baru.


Kesimpulannya, kafein tidak menjana tenaga baru tapi bertindak sebagai perangsang yang buat kita rasa lebih segar dengan menghalang rasa mengantuk dan mempercepatkan penggunaan tenaga simpanan. Tapi kalau diambil berlebihan, ia boleh sebabkan masalah seperti sukar tidur dan jantung berdebar.

DISCLAIMER: Maklumat dalam artikel ini hanya untuk tujuan pengetahuan umum dan bukan nasihat perubatan. Sila rujuk doktor jika mempunyai sebarang pertanyaan tentang kesihatan.

Sumber: Perbincangan Reddit

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

  1. article ni mmg bagus utk mama yg gila cofee.. setelah baca ni mama dpt simpulkan cafein boleh menguruskan badan. betul tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh bantu sikit untuk kurus tapi jangka masa pendek dan kurang sesuai bila berlebihan—side effects macam axiety, susah tidur, etc—mengganggu kesihatan. Nak kurus, diet sihat dan bersenam tetap cara terbaik

      Padam
Catat Ulasan
Terbaru Lebih lama