Ringkasan
- Otak kita simpan maklumat ikut "konteks" atau situasi.
- Bila masuk bilik baru, otak mungkin 'reset' ingatan sekejap.
- Ini dipanggil kesan ambang pintu dan memang disokong kajian.
- Faktor lain seperti gangguan atau beban fikiran juga beri kesan.
{tocify} $title={Isi Kandungan}
Mungkin anda pernah berpindah ruang seperti masuk bilik atau ke dapur nak ambil sesuatu tapi terlupa tujuan dan apa nak buat bila sampai?
Otak Simpan Ingatan Ikut Lokasi
Bila kita buat keputusan dalam sesuatu tempat—contohnya, "nak ambil telefon yang tertinggal di ruang tamu"—otak akan kaitkan ingatan itu dengan persekitaran semasa, iaitu tempat kita sedang berada (contohnya dapur).
Tapi bila kita bergerak ke ruang tamu, suasana dan benda di sekeliling dah berubah. Otak pun ‘fokus’ kepada suasana baru, dan kadang-kadang, lupa apa tujuan asal.
Apakah Kesan Ambang Pintu (Doorway Effect)
Bila seseorang berjalan dari satu bilik ke bilik lain, ada kemungkinan mereka lupa kenapa mereka ke situ.
Perkara ini berlaku kerana otak menganggap bilik baru itu sebagai 'permulaan baru', dan secara automatik cuba 'buang' maklumat yang dianggap kurang penting untuk bagi ruang kepada benda baru yang mungkin berlaku di tempat itu.
Bukan Sekadar Soal Pintu
Walaupun nama dia kesan ambang pintu, sebenarnya 'ambang' tu tak semestinya pintu sebenar. Kadang-kadang bila kita buka tab baru dalam Firefox atau tukar tugasan di tempat kerja, kita pun boleh lupa apa yang kita tengah buat.
Ini kerana otak sedang tukar fokus dari satu konteks ke konteks lain, dan ini boleh menyebabkan maklumat asal terpadam buat sementara.
Bila Otak Kita Terlalu Sibuk
Satu lagi sebab kita cepat lupa adalah bila otak kita tengah 'sibuk'. Bila terlalu banyak benda difikirkan serentak—seperti hal kerja, gangguan bunyi, atau emosi terganggu—memori jangka pendek kita jadi kurang stabil.
Jadi, walaupun pintu tak wujud pun, otak boleh ‘tergelincir’ dan lupakan maklumat ringkas seperti tujuan asal tadi.
Perkara Biasa untuk Semua Orang, Bukan Masalah Ingatan Serius
Kejadian ini berlaku pada ramai orang dan bukan tanda kita ada masalah ingatan serius. Malah, ia adalah sebahagian daripada cara otak kita mengurus maklumat—ia pilih untuk simpan perkara paling berkait dengan suasana semasa.
Bila kita kembali ke tempat asal, otak boleh 'cungkil' balik memori tersebut sebab suasana asal dah pulih.
Tip Supaya Tak Lupa Bila Bergerak Antara Tempat
Antara cara mudah yang boleh bantu: Sebelum keluar dari bilik atau ruang, bayangkan diri sendiri dah sampai dan pegang benda yang nak diambil.
Contohnya, "bayangkan pegang telefon dekat atas sofa". Cara ini boleh bantu otak simpan maklumat lebih kuat, walaupun suasana berubah.
Kesimpulan
Kita lupa tujuan masuk ke bilik bukan sebab kita lalai, tapi sebab otak kita berfungsi dengan cara yang sangat fokus kepada tempat dan suasana. Ia bukan kecacatan, tapi satu kelebihan yang kadang-kadang datang dengan kesan sampingan.
Sumber: Perbincangan Reddit
Baca juga: Kenapa Gunting Direka Khas Untuk Tangan Kanan Atau Kiri
Biasa juga terkena mcam ni..
BalasPadamSaya pun sama.
Padam