{tocify} $title={Isi Kandungan}
Apakah WD-40
WD-40 adalah sejenis semburan pelincir yang digunakan untuk menghilangkan karat, melincirkan bahagian yang bergerak, dan melindungi permukaan daripada kelembapan.
Kegunaannya termasuk:
- Menghilangkan bunyi bising pada engsel pintu.
- Melincirkan alat dan mesin.
- Mengeluarkan kotoran dan minyak.
- Melindungi logam daripada karat.
Ia sangat berguna dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan.
Langkah-langkah menyambung straw ke mulut WD-40
WD-40 tin lama tidak mempunyai reka bentuk muncung (nozzle) untuk memudahkan penyambungan straw seperti WD-40 tin baru.
Ramai yang tak tahu cara memasukkan straw tersebut ataupun beranggapan mulut WD-40 tidak muat untuk dimasukkan straw. Bila tanya di forum online, orang kata tolak dengan kuat saja.
Betullah tu, memang cuma perlu tolak dengan kuat saja. Yang menjadi masalah ialah susahnya nak pegang dan tahan straw tu masa tolak sebab sangat kecil.
1. Lekatkan straw pada penutup tin
Pada penutup kepala tin WD-40 ada 2 ruang kecil. Dua ruang pada penutup WD-40 direka untuk menyimpan dan menyimpan straw selepas digunakan, mengelakkan straw daripada hilang.
2. Tolak masuk straw ke dalam mulut WD-40
Sekarang kita dah ada penutup yang besar sebagai tempat untuk genggam dan tahan straw. Genggam dan tolak penutup tin, dan guna 2 jari untuk kekalkan straw dalam keadaan lurus.
3. Cabut dan tanggal penutup tin
Perlahan-lahan tanggalkan penutup tin WD-40, tarik dari sebelah yang tidak bersambung (kanan gambar).
Tutorial dalam bentuk video: