Beberapa hari lepas aku ada membuat perubahan pada saiz lebar sidebar kepada 310px. Aku lupa kenapa, mungkin cuma untuk suka-suka. Sebelum tu, aku selalu menggunakan lebar 300px, iaitu saiz default yang ditetapkan template.
Dalam tempoh ni, aku terperasan sesuatu. Tapi aku tak pasti benar atau tak, mungkin sekadar kebetulan saja.
Lebar Sidebar 300px
Pada masa ini, aku sering ternampak iklan adsense di sidebar yang kebanyakannya berbentuk menegak atau vertical. Dan kadang-kadang, ada juga iklan berbentuk segi empat sama atau square.
Kedua-dua jenis iklan ini ada ditayangkan di blog aku.
Berubah ke Lebar Sidebar 310px
Setelah mengubah lebar sidebar, aku mula melihat lebih banyak iklan AdSense berbentuk segi empat sama. Dan apabila preview layout atau post, kawasan iklan juga menunjukkan saiz dan bentuk square.
Pada masa ini, aku sudah mula perasan setiap kali preview post, iklan kotak akan ditayang berbentuk segi empat sama.
Kembali ke Kelebaran 300px
Selepas beberapa hari, aku merasa pelik kenapa tiada langsung iklan menegak ditayangkan. Hari ini, aku teringat tentang perubahan saiz sidebar yang telah aku buat, jadi aku mengembalikannya kepada saiz asal, 300px.
Sebaik saja mengubah kepada 300px, aku preview blog dan melihat saiz kotak iklan jadi vertical. Aih, betul kah ni? Aku pun membuka mana-mana post di blog ini, dan iklan menegak muncul kembali!
Tapi seperti yang aku kata di awal post tadi, mungkin ini sekadar kebetulan saja dan tidak berkaitan langsung.
Jadi, Mengapa Aku Memilih Iklan Menegak
Dari segi saiz, jelas bahawa iklan menegak lebih besar berbanding iklan segi empat sama. Sebagai seorang blogger, kita tentunya ingin agar orang klik pada iklan tersebut. Saiz yang lebih besar memudahkan iklan dilihat, meningkatkan peluang untuk diklik, berbanding iklan yang lebih kecil yang mungkin tidak diperhatikan oleh pengunjung blog.
Tapi harus ingat, jangan sampai iklan tersebut mengganggu pengalaman pengunjung dan pembaca blog!