Kenapa Kuantiti 12 (Satu Dozen) Selalu Digunakan

Mengapa Kita Guna nilai 1 Dozen? Kelebihan Nombor 12

{tocify} $title={Isi Kandungan}

12 Senang Dibahagi

Sebab utama kenapa 12 selalu jadi kuantiti standard ialah ia senang dibahagi kepada nombor kecil lain. Contohnya, 12 boleh dibahagi sama rata dengan 2, 3, 4, dan 6. Kalau dibandingkan dengan 10, yang cuma boleh dibahagi dengan 2 dan 5, 12 jelas lebih fleksibel.

12 dan Hubungannya dengan Jam

Nombor 12 juga biasa digunakan sebab ia sesuai dengan konsep bulatan, macam jam dinding. Bahagian jam ada 12 sebab ia memudahkan kita bahagikan masa kepada separuh, suku, atau ketiga. Sebab itulah 12 dipilih untuk sistem masa dan bulan dalam setahun.

Pengaruh Sejarah, Contoh Sistem Shilling

Zaman dulu, di Britain, 1 shilling bersamaan dengan 12 pence. Sistem ini memudahkan orang kira harga barang dalam jumlah kecil tanpa perlu buat pengiraan rumit:

  • Jika harga 1 unit barang ialah 1 pence, mereka boleh beli 12 unit dengan membayar 1 shilling.
  • Jika harga 1 unit barang ialah 2 pence, mereka boleh beli 6 unit dengan jumlah yang sama, iaitu 1 shilling.

Pembahagian yang mudah ni membantu urusan jual beli jadi lebih praktikal, terutama masa tak ada mesin kira.

Cara Lama Kira Guna 12

Ada teori yang kata sistem nombor 12 datang daripada cara orang purba kira guna jari. Setiap jari (kecuali ibu jari) ada tiga bahagian, jadi jumlahnya jadi 12 kalau kira guna ibu jari sebagai penunjuk.

12 Nampak "Just Nice"

Angka 12 juga dianggap psikologi sebagai "cukup-cukup elok." Tak terlalu sikit, tak terlalu banyak. Sebab itulah ia sesuai untuk barang macam telur atau bunga. Rasanya, nombor ni dah jadi kebiasaan yang selesa untuk ramai orang.


Secara ringkas, angka 12 tetap jadi pilihan sebab praktikal, ada sejarah panjang, dan senang digunakan. Dari segi pembahagian ataupun kebiasaan, ia terus relevan sampai sekarang.

Sumber: Perbincangan Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama