Ringkasan
- Muka lebih mudah tumbuh jerawat sebab ada banyak kelenjar minyak (sebum).
- Kulit muka sentiasa terdedah kepada habuk, peluh, dan pencemaran.
- Tangan yang kotor dan sering menyentuh muka boleh pindahkan bakteria.
- Perubahan hormon dan produk muka yang tak sesuai juga penyebab utama.
- Bahagian lain badan kurang kelenjar minyak, jadi kurang jerawat.
{tocify} $title={Isi Kandungan}
Muka Ada Banyak Kelenjar Minyak
Kulit muka direka untuk lebih berminyak—muka mengandungi lebih banyak kelenjar sebum (pengeluar minyak) berbanding bahagian lain badan.
Minyak ini penting untuk kekalkan kelembapan kulit, tapi kalau terlalu banyak, ia boleh campur dengan sel kulit mati dan bakteria, lalu menyumbat liang pori dan jadi jerawat.
Muka Sangat Terdedah dan Mudah Terkena Kotoran
Berbanding dengan belakang badan atau lengan, muka lebih banyak terdedah kepada persekitaran. Udara kotor, habuk, peluh, dan sinaran matahari boleh buat kulit muka jadi stres. Semua ini tambah risiko liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.
Muka juga mudah terdedah kepada kotoran dari sarung bantal!
Kita Sering Sentuh Muka
Ramai orang tak sedar mereka selalu menyentuh muka—garu, tekan, gosok atau sandar tangan di pipi. Bila tangan tak bersih, bakteria dan minyak dari tangan boleh berpindah ke muka. Itu juga boleh buat jerawat mudah tumbuh.
Pengaruh Hormon dan Kosmetik
Jerawat pada muka juga sangat dipengaruhi oleh hormon. Bila hormon tak seimbang (terutama masa remaja, haid atau stres), pengeluaran minyak jadi lebih aktif. Produk penjagaan kulit dan solekan yang tak sesuai juga boleh mengganggu kulit muka dan cetuskan jerawat.
Kenapa Bukan di Bahagian Badan Lain?
Jerawat memang boleh tumbuh di bahagian lain seperti belakang atau dada, tapi kurang berlaku kerana kulit di situ kurang kelenjar minyak dan kurang terdedah kepada persekitaran. Kita pun jarang sentuh bahagian-bahagian tu berbanding muka.
Jika banyak jerawat di belakang badan, ia mungkin berpucna daripada peluh atau kekotoran daripada cadar tilam yang jarang ditukar.
Kesimpulan
Muka paling senang tumbuh jerawat kerana ia lebih berminyak, lebih terdedah, dan lebih sering disentuh. Kalau nak kawal jerawat, penting untuk jaga kebersihan muka, elak sentuh dengan tangan, dan guna produk yang sesuai dengan jenis kulit.
Sumber: Perbincangan Reddit
Baca juga: Kenapa Kadang Lupa Tujuan Bila Masuk Ke Satu Ruang Bilik