Apakah Menjinakkan Haiwan
Menjinakkan haiwan bermaksud melatih seekor haiwan liar supaya biasa dengan kehadiran manusia. Proses ini hanya berlaku kepada satu ekor haiwan sahaja. Sebagai contoh, seekor serigala liar boleh dijinakkan dengan memberi makanan setiap hari dan membiasakannya dengan manusia.
Walaupun jinak, serigala itu masih ada naluri liar yang asal. Anak serigala yang dilahirkan juga akan tetap mempunyai sifat liar dan perlu dijinakkan semula.
Apakah Domestikasi
Domestikasi pula adalah proses penjinakan yang lebih rumit dan melibatkan perubahan yang lebih besar.
Ia berlaku apabila manusia memilih dan membiakkan haiwan tertentu yang mempunyai sifat yang dikehendaki, seperti mudah dikawal atau tidak agresif. Proses ini berlaku selama beberapa generasi sehingga sifat asal haiwan liar berubah menjadi sifat baru yang sesuai dengan keperluan manusia.
Proses ini biasanya mengambil masa ribuan tahun kerana berlaku secara semula jadi, tetapi dalam keadaan terkawal, ia boleh berlaku lebih cepat.
Contohnya, eksperimen domestikasi rubah perak di Rusia menunjukkan perubahan tingkah laku dan fisiologi yang jelas dalam 10 hingga 20 tahun sahaja. Namun, untuk haiwan dengan kitaran pembiakan yang lambat seperti gajah, proses domestikasi mungkin tetap memakan masa yang lebih panjang.
Bolehkah Semua Haiwan Didomestikasi?
Tidak semua haiwan boleh didomestikasi. Ada haiwan yang sifat dan struktur sosialnya (cara mereka hidup berkelompok) tidak sesuai untuk dijadikan haiwan domestik.
Contohnya, beruang dan kuda belang sukar untuk didomestikasi kerana mereka tidak mempunyai struktur sosial yang mudah "dikendalikan" oleh manusia.
Oleh itu, walaupun seekor haiwan boleh dijinakkan, ia tidak semestinya boleh didomestikasi.
Baca: Kenapa Zebra Tidak Dapat Dijinakkan Seperti Kuda Domestik
Perbezaan Utama
Taming (Menjinakkan) | Domestikasi |
---|---|
Hanya untuk seekor haiwan | Untuk seluruh spesies |
Tidak ubah genetik | Ubah genetik melalui pembiakan |
Cepat – berlaku dalam masa singkat | Boleh berlaku dalam beberapa generasi, tetapi kadang memakan masa lebih lama bergantung kepada haiwan |
Naluri liar masih ada | Naluri liar hilang atau dikurangkan |
Contoh: Menjinakkan serigala | Contoh: Membiak anjing peliharaan |
Kesimpulan
Menjinakkan dan mendomestikasi haiwan ialah dua perkara yang berbeza—menjinakkan hanya melibatkan perubahan tingkah laku seekor haiwan dan biasanya berlaku dalam masa yang singkat, manakala domestikasi melibatkan perubahan genetik seluruh spesies dan mengambil masa yang sangat panjang.
Sumber: Perbincangan Reddit