Memahami Sindrom Imposter

imposter syndrome
Foto: Jan Prokes (via Pexels)

Maksud sindrom imposter

Sindrom imposter ialah perasaan yang dialami oleh sesetengah orang apabila mereka merasakan diri mereka tidak semampu seperti yang orang lain sangka. Walaupun mereka menunjukkan prestasi yang baik di tempat kerja, sekolah, atau bidang lain, mereka masih boleh rasa seperti mereka tidak benar-benar layak dengan kejayaan yang mereka capai.

Dalam fikiran mereka, mereka mungkin percaya bahawa mereka berada di tempat atau kedudukan mereka sekarang disebabkan nasib, masa yang tepat, atau kebetulan.

Satu pemikiran yang biasa muncul ialah rasa takut akan "terbongkar". Mereka mungkin bimbang bahawa suatu hari nanti orang lain akan sedar bahawa mereka sebenarnya tak semahir seperti yang dijangkakan. Perasaan ini boleh muncul walaupun terdapat bukti jelas bahawa mereka melakukan tugas dengan baik.

$ads={1}

Punca berlakunya sindrom imposter

Cara membandingkan diri dengan orang lain

Salah satu sebab perkara ini boleh berlaku ialah cara orang membandingkan diri mereka dengan orang lain.

Selalunya kita hanya nampak hasil akhir kerja orang lain. Sesuatu pembentangan mungkin nampak yakin dan lancar, dan projek kelihatan teratur. Apa yang kita tak nampak pada mereka ialah persediaan, keraguan, atau kesilapan yang berlaku sebelum itu.

Pada masa yang sama, seseorang tahu semua keraguan dan masalah dalam kerja mereka sendiri. Disebabkan itu, boleh terjadinya perbandingan yang tidak adil ini tanpa disedari.

Persekitaran yang lebih mencabar

Sindrom imposter juga boleh muncul apabila seseorang masuk ke persekitaran yang lebih mencabar. Seorang pelajar yang dahulu antara yang terbaik di sekolahnya mungkin masuk ke universiti di mana ramai pelajar lain juga pernah menjadi pelajar terbaik. Tiba-tiba mereka dikelilingi oleh orang yang kelihatan mempunyai kebolehan yang sama.

Perubahan ini boleh membuatkan mereka mula mempersoalkan kebolehan diri sendiri, walaupun prestasi mereka sebenarnya masih baik.

Harapan pada diri meningkat

Apabila seseorang semakin mahir dalam sesuatu perkara, standard mereka terhadap diri sendiri biasanya turut meningkat. Mereka mungkin menilai kerja mereka berdasarkan hasil terbaik yang mereka rasa boleh dicapai, bukan berdasarkan apa yang sebenarnya diperlukan pada masa itu.

Orang lain mungkin melihat kerja tersebut sebagai bagus dan berguna, tetapi orang yang melakukannya mungkin hanya nampak kekurangannya.

Sedar keluasan sesuatu bidang

Faktor lain ialah kesedaran tentang betapa luasnya sesuatu bidang. Apabila seseorang belajar lebih banyak tentang sesuatu topik, mereka juga mula sedar berapa banyak lagi perkara yang mereka belum tahu.

Disebabkan itu, apabila orang lain melihat mereka sebagai pakar, mereka mungkin berasa kurang selesa. Dalam fikiran mereka, mereka masih rasa seperti seseorang yang sedang belajar.

Terlalu strict pada diri sendiri

Sindrom imposter tidak semestinya bermaksud seseorang itu tidak mempunyai kemahiran. Dalam banyak kes, perasaan ini muncul pada orang yang sebenarnya berkebolehan tetapi sangat mengkritik diri sendiri. Mereka mungkin hanya menilai diri mereka dengan lebih keras berbanding orang lain.

$ads={2}


Dengan memahami corak ini, seseorang boleh kenalpasti apa yang sedang berlaku dalam fikiran mereka. Perasaan tersebut tidak semestinya mencerminkan realiti. Kadangkala ia hanya berlaku kerana fikiran terlalu fokus pada keraguan sendiri sambil mengabaikan bukti kemampuan yang sebenarnya sudah ada.

Sumber: Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama