Kriket: Bagaimana Sukan Ini Dimainkan

cara main sukan cricket
Foto: Lorien le Poer Trench (via Pexels)

Permainan ini dimainkan antara dua pasukan dengan 11 pemain bagi setiap pasukan. Satu pasukan akan memukul (batting), manakala satu lagi akan membuat balingan (bowling) dan bertahan di padang.

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Cara permainan kriket

Seorang pemain yang dipanggil bowler akan membaling bola ke arah tiga batang kayu yang dipanggil wicket. Pemukul cuba menghalang bola daripada terkena wicket, biasanya dengan memukul bola itu menggunakan bat.

Jika bola terkena wicket, pemukul akan dianggap keluar atau "out".

Pemukul juga akan "out" apabila bola yang dipukul ditangkap oleh pemain lawan sebelum ia menyentuh tanah.

Ada dua orang pemukul di padang pada masa yang sama. Seorang pemukul berdiri di hadapan bowler untuk memukul atau menghalang bola, manakala pemukul kedua menunggu bertentangan dengan pemukul pertama.

Apabila berjaya memukul bola, kedua-dua pemukul boleh berlari dan bertukar tempat. Setiap kali mereka berjaya bertukar tempat dengan selamat, mereka mendapat satu 'run' (atau larian). Mana-mana pemukul yang berada di tempat bertentangan dengan pembaling akan memukul bola seterusnya.

Jika wicket terkena bola sebelum pemukul sempat bertukar tempat, pemukul juga akan out.

$ads={1}

Selepas bola dipukul, kedua-dua pemukul boleh memilih sama ada mahu berlari atau tidak. Keputusan itu biasanya bergantung pada arah bola, kelajuan bola, dan kedudukan pemain lawan. Jika bola nampak seperti akan sampai ke sempadan padang, mereka mungkin tidak perlu berlari kerana run akan diberikan secara automatik.

Kadang-kadang pemukul tidak perlu berlari pun. Jika bola sampai ke garisan sempadan padang selepas melantun atau bergolek, mereka akan dapat 4 run. Jika bola melepasi garisan sempadan tanpa menyentuh tanah, mereka akan dapat 6 run.

Satu perkara yang mungkin mengelirukan penonton baru ialah seorang pemukul boleh terus memukul untuk tempoh yang lama selagi dia belum "out". Dalam format yang lebih pendek, ada pemukul (daripada 11 pemain) yang mungkin langsung tidak sempat memukul jika pemukul awal terus bermain tanpa "out" sehingga "over" yang diberikan habis.

Format perlawanan kriket

Kricket ada beberapa format perlawanan yang berbeza. Berikut adalah 2 format yang paling dikenali.

T20

  • antara format yang paling pendek dan popular
  • setiap pasukan diberi 20 over (1 over bersamaan 6 balingan)
  • biasanya tamat dalam beberapa jam sahaja

Test cricket

  • jauh lebih panjang dan perlahan
  • satu perlawanan boleh berlangsung sehingga 5 hari
  • lebih fokus pada strategi dan kesabaran

Kedua-dua pasukan akan bergilir menjadi pemukul. Pasukan yang mendapat jumlah run paling tinggi akan menang.

Dalam format pendek seperti T20, pasukan pertama akan cuba mengumpul run sebanyak mungkin dalam 20 over. Untuk menang, pasukan kedua perlu melepasi jumlah run pasukan pertama.

Leg Before Wicket

Peraturan "Leg Before Wicket" atau LBW tidak membenarkan pemukul menggunakan kaki untuk menghalang bola yang mungkin akan terkena wicket. Peraturan ini ada supaya pemain tidak sekadar berdiri di depan wicket dan menghalang bola menggunakan kaki atau badan dengan sengaja.

Posisi pemain lain

Kedudukan pemain di padang juga mungkin nampak rawak, tapi biasanya ada sebab strateginya. Bowler selalunya cuba membuat pemukul menghantar bola ke arah tertentu, jadi pemain lain akan ditempatkan di kawasan yang bola itu lebih mungkin pergi.


Banyak kekeliruan tentang kriket mungkin datang daripada istilahnya, bukan daripada cara permainannya. Bila sudah faham tujuan asasnya, iaitu melindungi wicket, mengumpul run, dan mengelakkan diri daripada "out", sukan ini jadi lebih mudah untuk diikuti.

Sumber: Perbincangan Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama