Apa Yang Buat Sesuatu Logam Berharga

sebab sesetengah logam berharga
Foto: Ron Lach (via Pexels)

Logam yang dinilai berharga

"Precious metal" atau logam berharga seperti emas, perak, dan platinum selalunya mempunyai beberapa ciri yang hampir sama.

Salah satu faktor utama ialah kelangkaan (rarity) iaitu jarang ditemui. Logam yang lebih sukar ditemui atau lebih sukar dihasilkan selalunya menjadi lebih bernilai. Faktor penting seterusnya ialah ketahanan terhadap kakisan (corrosion) iaitu tidak mudah berkarat.

Selain itu ialah faktor rupa seperti warna dan kilauan atau kecerahan. Rupa penting dalam pembuatan barang kemas dan hiasan.

Sesetengah logam berharga juga mudah dibentuk atau dikerjakan.

Lama-kelamaan, logam-logam ini juga mula dikaitkan dengan kekayaan, perdagangan, dan status sosial, dan masih mempengaruhi cara orang melihatnya sehingga hari ini.

$ads={1}

Kenapa emas sangat bernilai

Emas agak jarang dijumpai, jadi ia dianggap istimewa, tetapi masih cukup banyak untuk dikumpulkan dan digunakan dalam perdagangan.

Emas boleh dijadikan kepingan yang sangat nipis atau wayar halus tanpa mudah pecah. Disebabkan itu, ia sesuai digunakan untuk barang kemas dan hiasan. Ketahanannya terhadap kakisan membantu syiling dan barang kemas emas bertahan lama tanpa banyak perubahan.

Selain mempunyai warna yang agak berbeza daripada logam lain, emas juga tidak mudah berkarat atau hilang kilau. Disebabkan itu, syiling dan barang kemas emas boleh bertahan untuk tempoh yang sangat lama tanpa banyak perubahan.

Hari ini, emas juga digunakan dalam industri moden, terutamanya dalam elektronik. Disebabkan ketahanannya terhadap kakisan, ia sesuai digunakan pada sesetengah komponen dan penyambung elektronik.

Nilai platinum

Platinum dianggap berharga atas sebab yang hampir sama, dengan sedikit perbezaan. Ia sangat tahan kakisan dan boleh menahan suhu yang sangat tinggi. Ia juga boleh membantu sesetengah tindak balas kimia berlaku dengan lebih berkesan, sebab itu platinum digunakan dalam perkara seperti catalytic converter, peralatan makmal, dan sesetengah alat perubatan.

Disebabkan takat lebur platinum sangat tinggi, pada zaman dulu ia sukar diproses, jadi ia agak kurang popular berbanding masa kini.

Kenapa nilai sesuatu logam boleh berubah

Nilai sesuatu logam boleh berubah bergantung pada teknologi, industri, dan sejauh mana mudahnya logam itu dihasilkan.

Aluminium contohnya. Tahun 1800-an, aluminium tulen sangat mahal kerana proses untuk mengeluarkannya daripada bijih (ore) sangat sukar. Pada satu ketika, nilainya dalam sesetengah situasi dikatakan lebih tinggi daripada emas. Golongan orang penting dan kaya juga pernah menggunakan peralatan makan serta hiasan aluminium untuk menunjukkan status mereka.

Kemudian, kaedah industri baharu menjadikan aluminium jauh lebih murah untuk dihasilkan. Hari ini, ia digunakan untuk barangan harian seperti tin minuman, foil, dan pembungkusan.

Sumber: Perbincangan Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama