Memahami Istilah 'Saling Eksklusif' dan 'Tidak Saling Eksklusif'

maksud mutually exclusive

Frasa 'mutually exclusive' dan 'not mutually exclusive' sering digunakan untuk menggambarkan hubungan antara dua perkara dalam pelbagai konteks. 

Pengertian

  • 'Exclusive' merujuk kepada keadaan yang mengecualikan sesuatu atau tidak membenarkan kehadiran yang lain. Ia tidak semestinya bermaksud 'unik,' tetapi lebih kepada menolak kewujudan elemen lain.
  • 'Mutually exclusive' merujuk kepada situasi di mana dua perkara tidak boleh wujud atau berlaku secara serentak; jika satu perkara berlaku, yang lain tidak boleh berlaku. 
  • Sebaliknya, 'not mutually exclusive' menunjukkan bahawa kedua-dua perkara boleh wujud atau berlaku bersama tanpa saling menolak atau bercanggah

Mutual bermaksud hubungan yang melibatkan dua perkara, dan 'exclusive' (dalam konteks ini) merujuk kepada penghalang hubungan tersebut, menjadikan kedua-dua perkara itu tidak boleh wujud serentak.

Contoh Penggunaan

1. Mutually Exclusive

Contoh yang sering digunakan adalah tinggal di tingkat satu atau tingkat dua dalam sebuah apartmen. Jika seseorang tinggal di tingkat satu, dia tidak boleh tinggal di tingkat dua pada masa yang sama. Ini adalah contoh situasi yang 'mutually exclusive'.

2. Not Mutually Exclusive

Sebagai contoh, jika kita bercakap tentang seseorang mempunyai tubuh badan yang tinggi dan menjadi seorang yang tidak beradab, kedua-duanya tidak saling mengecualikan. Seseorang boleh menjadi tinggi dan juga seorang yang berperangai buruk pada masa yang sama.

Ringkasan

    Istilah 'mutually exclusive' merujuk kepada situasi di mana dua perkara tidak boleh wujud secara serentak; jika satu berlaku, yang lain tidak boleh. Manakala 'not mutually exclusive' adalah kejadian sebaliknya, di mana kedua-dua perkara boleh wujud bersama tanpa percanggahan.

    Sumber: Reddit

    Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

    Catat Ulasan (0)
    Terbaru Lebih lama