Kenapa Skrin Digital Guna Font Sans-Serif, Buku Guna Font Serif?

Pernahkah terfikir, kenapa buku biasanya guna font dengan "garisan kecil pada hujung huruf" (serif), manakala skrin komputer lebih cenderung guna font yang bersih tanpa hujung tersebut (sans-serif)?

{tocify} $title={Isi Kandungan}


Font Serif Dalam Buku Memudahkan Bacaan

Buku bercetak biasanya guna fon serif sebab hujung-hujung kecil tu membantu mata kita bergerak dari satu huruf ke huruf yang lain dengan lebih mudah. Bila kertas dicetak dengan resolusi tinggi, butiran halus ni nampak jelas, dan bacaan jadi lebih lancar. 

Walaupun nampak "berhias", sebenarnya ia ada fungsi yang membantu kita membaca teks panjang dengan lebih selesa.


Fon Sans-Serif pada Skrin Kerana Faktor Resolusi

Skrin digital seperti komputer, sebaliknya, terpaksa berhadapan dengan masalah resolusi yang rendah. Pixel yang terhad kadang-kadang buat butiran halus pada font serif nampak kabur atau tidak jelas. 

Oleh itu, font sans-serif yang lebih ringkas dan tiada butiran ekstra lebih sesuai untuk paparan digital. Hasilnya, teks kelihatan lebih bersih dan mudah dibaca walaupun resolusi skrin tak setinggi cetakan buku.


Teknologi dan Resolusi

Perbezaan utama terletak pada teknologi. Buku bercetak boleh menggunakan resolusi 600 hingga 1200 dpi (dots per inch) daripada pencetak, jadi setiap detail kecil pada font serif dipaparkan dengan tepat. 

Sementara itu, skrin digital biasanya hanya ada 100 hingga 300 ppi (pixels per inch), walaupun sekarang sudah banyak skrin beresolusi tinggi. Tapi pada hari-hari awal teknologi digital, penggunaan font sans-serif adalah pilihan terbaik untuk memastikan teks tidak kelihatan pecah atau kabur.


Kenapa Skrin Digital Guna Font Sans-Serif, Buku Guna Font Serif?

Kesimpulan

Pilihan kedua font ni bergantung pada medium dan keadaan teknikal. Buku bercetak dengan resolusi tinggi lebih serasi dengan font serif yang "menghias" huruf, manakala skrin yang terhad oleh pixel lebih sesuai guna font sans-serif yang mudah dan jelas. 

Jadi, sama ada membaca buku di atas kertas atau di skrin komputer, setiap jenis font ada kelebihannya tersendiri untuk memastikan bacaan tetap selesa.


Sumber: Perbincangan Reddit

Baca juga: Mengelamun Ketika Membaca: Sebab dan Penyelesaian

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama