Kenapa Makanan Dalam Tin Boleh Tahan Lama Sebelum Tarikh Luput

TL;DR

  • Makanan dalam tin tak rosak kerana dipanaskan dan dimeterai rapat.
  • Tiada oksigen = tiada bakteria boleh hidup.
  • Tin kemek, kembung, atau rosak boleh jadi bahaya (botulisme).
bagaimana makanan tin tahan lama bertahun tanpa rosak

Penafian: Artikel ini bertujuan untuk perkongsian maklumat umum sahaja dan bukan nasihat perubatan atau keselamatan makanan rasmi. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan atau risiko kesihatan daripada penggunaan maklumat ini. Jika ragu-ragu atau mengalami gejala keracunan, sila dapatkan nasihat daripada pihak kesihatan profesional.

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Makanan dalam tin seperti tuna atau sup boleh duduk atas rak selama bertahun-tahun sebelum tarikh luput, tanpa basi. Tapi kenapa ia tak membusuk walaupun bukan disimpan dalam peti sejuk?

Proses Panaskan dan Meterai (Sealing, Penutupan Kedap Udara)

Kebanyakan makanan dalam tin dimasukkan mentah ke dalam tin, kemudian ditutup rapat dan dipanaskan hingga suhu tinggi. Tujuan proses ini ialah untuk bunuh semua bakteria dan kuman yang mungkin ada dalam makanan. Ini juga dikenali sebagai teknik pensterilan haba.

Bila tin ditutup rapat dan dipanaskan, haba akan keluarkan oksigen dari dalam, menjadikan tin kedap udara. Tanpa oksigen, bakteria tak boleh hidup atau membiak. Kalau tak ada bakteria, makanan takkan rosak walaupun disimpan lama.

Bahaya Botulisme dari Tin Rosak, Kemek atau Berkarat

Elak memakan dari tin yang kemek, bocor, atau kembung. Ada risiko bakteria masuk (biasanya dari meterai/sealing rosak), dan ia boleh hasilkan gas serta toksin beracun. Botulisme, sejenis keracunan serius yang boleh membunuh, berlaku kalau bakteria Clostridium botulinum tumbuh dalam tin yang rosak. Walaupun kes ini jarang, jangan ambil risiko; buang saja.

Jika buka tin (yang masih elok) dan bunyi 'hiss' lembut keluar (seperti udara masuk), itu petanda baik — tin masih vakum dan tertutup rapat. Tapi kalau hiss kuat, isi terpercik keluar, atau tin kemek/bocor, atau bila buka ada bau pelik, lebih baik buang. Nyawa lebih penting!

Tarikh Luput Sebagai Petunjuk Kualiti

Tarikh luput pada makanan dalam tin biasanya tunjukkan tahap kualiti seperti rasa dan tekstur sebelum kualiti merosot, bukan hanya faktor keselamatan. Memakannya selepas tarikh luput tak digalakkan kerana tetap ada risiko rosak atau tercemar.

Ringkasnya,

Makanan dalam tin tahan lama kerana proses pemanasan dan penutupan rapat yang menghalang bakteria dari membiak. Tapi kita tetap perlu berhati-hati, jangan ambil risiko dengan tin yang dah kemek, kembung, berkarat atau bocor. Tin makanan yang dalam keadaan baik, isinya biasanya bertahan walaupun selepas bertahun-tahun TAPI TAK DIGALAKKAN makan sesuatu yang telah expired atau melepasi tarikh luput; tinggalkan atau buang saja demi keselamatan!


Sumber: Perbincangan Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama