Kesan Mikroplastik Terhadap Kesihatan dan Alam Sekitar

Ringkasan

  • Mikroplastik = cebisan plastik <5mm, dari pakaian, tayar, botol dll.
  • Tidak terurai sepenuhnya, kekal dalam alam sekitar.
  • Boleh masuk ke badan melalui makanan laut, air, udara, dan garam.
  • Kesan awal: keradangan, gangguan hormon, kerosakan sel dan organ.
  • Bahaya pada kesihatan & alam sekitar, cemari rantai makanan.
  • Tindakan: kurangkan plastik, guna penapis air, pilih produk bebas mikroplastik.

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Walaupun mikroplastik kini ditemui di mana-mana—dari air minuman hingga makanan laut—kesan sebenar terhadap tubuh manusia masih dikaji. Ramai pakar percaya ia berpotensi membahayakan, tetapi belum ada bukti muktamad. Namun, tanda-tanda awal cukup untuk kita mula ambil berat.

Apakah Mikroplastik

Microplastic ialah cebisan plastik sangat kecil, biasanya kurang daripada 5 milimeter. Ia datang daripada produk seperti pakaian sintetik, tayar, botol plastik dan lain-lain, yang terurai (menjadi serpihan sangat halus atau kecil).

Plastik tidak terurai sepenuhnya—ia cuma pecah jadi serpihan lebih kecil seperti mikroplastik atau nanoplastik, dan terus kekal dalam alam sekitar.

Ada juga mikroplastik yang memang sengaja dibuat kecil, contohnya dalam produk kecantikan lama seperti skrub muka yang ada butiran halus—bila dicuci, ia boleh berakhir di laut.

Bagaimana Mikroplastik Masuk ke Dalam Badan

Mikroplastik boleh masuk melalui:

  • Makanan laut seperti ikan dan kerang.
  • Air minuman, termasuk air botol.
  • Udara yang kita sedut, terutamanya di kawasan bandar.
  • Garam dan makanan lain yang terdedah kepada pencemaran.

Kenapa garam? Kerana garam laut dibuat dengan menyejat air laut, dan sebarang mikroplastik dalam air itu boleh tertinggal dalam garam yang kita makan.

Apa Kesan Mikroplastik Pada Kesihatan

Walaupun masih dikaji, saintis sudah mula melihat beberapa kesan awal:

  • Keradangan: Mikroplastik boleh merosakkan tisu dan menyebabkan keradangan dalam badan.
  • Bahan Kimia Berbahaya: Plastik boleh membawa bahan toksik seperti BPA (bahan kimia yang biasa digunakan dalam pembuatan plastik dan resin tertentu) dan logam berat. Bila masuk badan, bahan ini boleh mengganggu sistem hormon atau merosakkan sel.
  • Gangguan Sistem Badan: Kajian terhadap haiwan menunjukkan kesan seperti perubahan hormon, masalah pembiakan, dan kerosakan organ.

Kenapa Kita Perlu Risau?

Mikroplastik bukan sahaja isu kesihatan, tapi juga isu alam sekitar. Ia tidak boleh terurai dengan mudah dan terus terkumpul dalam laut, tanah, dan udara. Lama-kelamaan, ia boleh mencemari seluruh rantaian makanan—dari haiwan kecil hingga ke manusia.

Apa Kita Boleh Buat

  • Kurangkan penggunaan plastik sekali-guna (one time use).
  • Pilih produk tanpa mikroplastik.
  • Gunakan penapis air yang lebih baik.
  • Tekankan kepada pihak berkuasa untuk kawal pencemaran plastik.

kenapa microplastic bahaya pada kesihatan

Kesimpulan

Walaupun kajian masih berjalan, tanda-tanda awal menunjukkan mikroplastik bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Langkah berjaga-jaga sekarang boleh kurangkan risiko jangka panjang kepada kesihatan kita dan alam sekitar.


Sumber: Perbincangan Reddit

Baca juga:

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama