Bagaimana Peti Sejuk Kekal Sejuk, Suhu Rendah

Isi Penting:

  • Peti sejuk tak buat sejuk, tapi keluarkan haba dari dalam
  • Guna bahan penyejuk (refrigerant) dan kitaran tekanan dan penyejatan
  • Proses ini berulang sepanjang masa untuk kekalkan suhu sejuk

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Peti Sejuk Tak Buat Sejuk, Tapi Buang Haba

Ramai fikir bila kita pasang peti sejuk, ia ‘cipta’ kesejukan. Sebenarnya apa yang berlaku ialah peti sejuk ambil haba dari dalam dan hantar keluar. Jadi ruang dalam peti makin lama makin sejuk sebab semua haba dibuang.

Bayangkan pam air—kita tak cipta air baru, cuma pindahkan dari satu tempat ke tempat lain.

Proses Kitaran Bahan Penyejuk

Peti sejuk berfungsi dengan bantuan satu bahan khas yang dipanggil refrigerant. Bahan ni boleh bertukar dari gas ke cecair dan sebaliknya. Bila ia kembang (jadi gas) dalam tekanan rendah, ia akan serap haba dari sekeliling. Bila dimampatkan (jadi cecair semula), ia buang haba ke luar.

  1. Pemampat (compressor) mula tarik bahan penyejuk yang masih dalam bentuk gas sejuk dan bertekanan rendah dari penyejat. Bila dimampatkan, tekanan dan suhu naik dengan cepat, menjadikan bahan penyejuk tu gas panas bertekanan tinggi. Lepas tu, ia dihantar ke kondenser untuk buang haba.
  2. Kondenser (condenser) biasanya terletak di belakang peti. Di sini, gas panas tu mengalir dalam gegelung logam dan mula buang haba ke udara sekeliling. Bila dah cukup sejuk, gas ni bertukar jadi cecair—tapi masih dalam tekanan tinggi. Proses tukar dari gas ke cecair ni dipanggil kondensasi.
  3. Injap pengembangan (expansion valve) pula kecilkan laluan bahan penyejuk cecair tadi. Bila cecair tu melepasi injap, tekanannya jatuh dengan cepat. Tekanan turun → suhu pun turun → hasilnya, kita dapat bahan penyejuk dalam bentuk cecair yang sejuk dan bertekanan rendah, sedia nak serap haba.
  4. Penyejat (evaporator) di dalam peti sejuk ambil alih. Cecair penyejuk yang sejuk tadi menyerap haba dari udara dalam peti. Disebabkan titik didih (boiling point) ia sangat rendah, bahan tu terus mendidih dan jadi gas semula, walaupun hanya serap haba dari dalam peti. Proses ni buat ruang dalam peti jadi makin sejuk.

Bila bahan penyejuk dah bertukar semula jadi gas, ia balik ke pemampat dan kitaran pun ulang semula—tanpa henti. Inilah cara peti sejuk kekalkan suhu rendah sepanjang masa.

Tekanan & Suhu

Apabila bahan penyejuk dimampat (tekanan naik), suhunya juga meningkat. Sebaliknya, apabila tekanan diturunkan secara tiba-tiba, suhunya turut menurun. Perubahan tekanan ini penting untuk bantu bahan penyejuk bertukar bentuk (cecair ↔ gas) dan menyerap atau melepaskan haba dengan lebih berkesan.

Tanpa ubah tekanan, sistem tak boleh kawal bila bahan penyejuk menyerap atau lepaskan haba. 

Kenapa Bahagian Belakang Peti Sejuk Selalu Panas?

Di situlah haba dari dalam peti dibuang keluar. Bahagian tu ada tiub logam halus tempat bahan penyejuk buang haba selepas dipampatkan. Jadi, makin kuat peti sejuk bekerja, makin panaslah belakang ia. 

BAGAIMANA PETI SEJUK KEKAL SEJUK

Kesimpulan

Peti sejuk bukan ‘buat’ kesejukan. Ia cuma paksa haba keluar dari dalam menggunakan bahan penyejuk yang bergerak dalam kitaran tekanan tinggi dan rendah. Sistem ni juga digunakan dalam penghawa dingin dan pam haba. Satu sistem yang sangat bijak dan menarik!


Sumber: Reddit

Baca juga: Kenapa Rasa Sejuk Penghawa Dingin Berbeza Dengan Sejuk Biasa 

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama