Apa Berlaku Bila Kilat Menyambar Laut atau Tasik Besar

Isi Penting

  • Arus elektrik dari kilat merebak di permukaan air, bukan terus ke dasar.
  • Bahaya utama berlaku dekat permukaan, dalam lingkungan 20 meter dari tempat sambaran.
  • Ikan biasanya selamat sebab berada jauh dari permukaan.
  • Kapal moden selalunya dilindungi dengan baik.
  • Kilat sambung ke tanah untuk lepaskan cas elektrik—tanpa sambungan, arus lebih terhad (arus terhad → kerosakan lebih kecil).

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Kilat dan Air: Bagaimana Ia Menyebar?

Bila kilat menyambar laut atau mana-mana badan air besar, tenaga elektrik yang sangat tinggi akan masuk ke dalam air. Tapi arus itu tak menyelam jauh ke dalam. Sebaliknya, ia tersebar di permukaan. Ini kerana air laut (yang ada garam dan mineral) ialah konduktor (pengalir) yang baik, dan elektrik cenderung mengalir di permukaan berbanding masuk ke dalam.

Fenomena ini dikenali sebagai "kesan kulit" (skin effect), di mana arus lebih tertumpu di bahagian luar sesuatu bahan pengalir, terutama jika arus itu bergerak sangat pantas macam kilat.

Risiko Kepada Hidupan Dalam Air Dan Manusia

Walaupun arus tersebar di permukaan, ia masih sangat merbahaya. Kawasan paling bahaya ialah dalam lingkungan 20 meter dari tempat kilat menyambar. Dalam lingkungan 100 meter, kesan masih boleh dirasai—bukan semestinya maut, tapi boleh menyebabkan lumpuh sementara dan berisiko lemas. Untuk benar-benar selamat, seseorang perlu berada sekurang-kurangnya 300 meter atau lebih jauh.

Ikan biasanya berada lebih dalam, jadi mereka kurang terjejas kecuali berada sangat dekat dengan permukaan masa kilat menyambar. Walau begitu, masih ada kes ikan mati akibat kilat setiap tahun.

Baca juga: Kenapa Pokok Boleh Meletup Bila Disambar Kilat 

Kenapa Air Laut Lebih Berbahaya?

Air laut sangat konduktif (mudah mengalirkan arus elektrik) kerana kandungan garamnya. Air tawar pula kurang mengalirkan elektrik kecuali ia ada banyak bendasing (impurities) atau mineral. Tapi dalam dunia sebenar, hampir semua air di dunia sebenar ada bendasing, jadi masih boleh jadi berbahaya jika terkena kilat.

Reaksi Haiwan Laut

Beberapa spesies ikan dan haiwan laut seperti jerung atau belut elektrik memang sensitif terhadap perubahan medan elektrik (electric field). Kalau kilat menyambar berhampiran, mereka mungkin perasan—sama seperti kita rasa rumah bergegar waktu guruh. Tapi tindak balas mereka belum banyak dikaji, cuma kemungkinan besar mereka akan terkejut dan cuba menyelamatkan diri, macam haiwan darat yang takut petir.

Adakah Bot dan Kapal Selamat?

Bot moden—terutama yang besar—biasanya direka untuk tahan kilat. Kapal komersial dan tentera selalunya ada sistem pelindung khas. Bagi bot kecil pula, kebanyakannya diperbuat daripada kayu atau fiberglass, iaitu bahan yang tidak mudah mengalirkan elektrik.

Tambahan pula, bot terapung di atas air dan tidak bersambung dengan tanah (ground). Oleh itu, arus elektrik dari kilat tidak mempunyai laluan yang mudah untuk bergerak jauh, dan ini menjadikan risiko kerosakan atau kecederaan jauh lebih rendah. Tapi jika seseorang berada di atas bot terbuka semasa ribut, masih ada risiko disambar secara langsung.

Kenapa Kilat Bergerak ke Tanah?

Kilat 'suka' menyambar ke tanah kerana perbezaan cas. Awan ribut biasanya ada lebihan cas negatif, manakala permukaan bumi ada cas positif. Bila jurang cas ini terlalu besar, kilat terbentuk untuk seimbangkan tenaga.

Tanah (ground) bertindak sebagai destinasi akhir bagi arus elektrik. Arus dari kilat mengalir ke tanah bukan sebab ia “mahu”, tapi kerana itu jalan paling mudah untuk lepaskan lebihan cas. Dalam dunia elektrik, tanah dianggap sebagai rujukan sifar (zero voltage reference)—tempat semua cas boleh dibuang untuk kembalikan keseimbangan.

Apa Berlaku Bila Kilat Menyambar Laut atau Tasik Besar

Kesimpulan

Kilat memang boleh jadi sangat berbahaya kalau menyambar permukaan air. Tapi bahayanya berkurang dengan jarak dan kedalaman. Elakkan berenang semasa ribut petir. Jika berada di tengah laut, duduk dalam kabin kapal lebih selamat daripada berdiri di luar.


Sumber: Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama