Air Kelihatan Biru Bila Banyak, Tapi Jernih Bila Sedikit

Kalau tengok segelas air, ia biasanya nampak jernih. Tapi bila tengok kolam renang atau laut, air boleh kelihatan biru. Apa yang terjadi pada air, kenapa air laut berwarna biru?

{tocify} $title={Isi Kandungan}

kenapa air laut warna biru

Kenapa air seperti di laut nampak biru

Air tiada pigmen warna, tapi ia juga bukan sepenuhnya jernih. Warnanya datang daripada cahaya dan biasanya sukar dilihat dengan mata kasar. Air dikatakan ada sifat yang perlahan-lahan menyerap cahaya merah bila cahaya lalu di dalamnya.

Dalam jumlah air yang sedikit, kesan ini terlalu lemah untuk mata kita perasan, jadi air nampak jernih. Tapi bila cahaya melalui banyak air, warna merah semakin hilang, lalu warna biru yang tinggal jadi lebih jelas.

Peranan cahaya dan getaran molekul dalam warna air

Ahli sains jelaskan ia berlaku kerana getaran kecil dalam molekul air. Getaran ini biasanya sesuai dengan tenaga cahaya merah, jadi cahaya merah cenderung lebih mudah diserap. Hasilnya, warna yang lawan kepada merah iaitu biru akan lebih kelihatan.

Cara mudah untuk bayangkan ialah setiap lapisan air ambil dan serap sedikit cahaya merah, dan bila lapisan itu sangat banyak, kesannya terkumpul dan ketara.

Kenapa warna air boleh berubah-ubah

Tak semua air nampak sama. Laut dalam selalunya biru gelap, sementara tasik di kawasan glasier boleh jadi biru kehijauan kerana ada "tepung glasier", iaitu serbuk batu halus yang terapung. Ada juga air di kawasan karang mungkin nampak turquoise kerana bahan terlarut di dalamnya.

Cuaca juga mungkin salah satu faktor, bila langit biru terpantul pada permukaan air warnanya nampak lebih kuat, tapi pada hari mendung air boleh kelihatan lebih kelabu.

Perbezaan dengan langit biru

Langit biasanya kelihatan biru kerana "penyebaran Rayleigh", iaitu cahaya biru dari matahari lebih mudah tersebar dalam udara. Air biru pula kerana penyerapannya terhadap cahaya merah. Jadi kedua-duanya mungkin nampak serupa pada mata, tapi prosesnya berbeza.


Ringkasnya, air dalam jumlah sedikit nampak jernih sebab penyerapan cahaya merah terlalu lemah untuk mata kita nampak. Bila air banyak, cahaya merah makin hilang dan biru jadi lebih jelas. Faktor lain seperti pantulan langit, bahan terlarut dan keadaan sekeliling juga boleh ubah warna air, tapi sifat semula jadi air sendiri sudah cukup untuk terangkan kenapa laut dan tasik selalunya kelihatan biru.

Sumber: Reddit

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama