Semua Sampah Macam Ada Bau Yang Sama

Semua Sampah Macam Ada Bau Sama

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Dalam satu perbincangan di Reddit, ada orang tanya kenapa semua sampah seakan ada bau yang sama dan ramai orang juga berfikiran sama. Walaupun jenis sampah berbeza, ataupun bila lori sampah lalu meninggalkan bau, bau busuknya serupa.

Mikrob dan proses reput

Punca utama yang dipersetujui ramai, datang daripada mikrob seperti bakteria dan kulat (fungi). Bila makanan atau benda organik mula mereput, mikrob ni pecahkan bahan tu dan hasilkan gas berbau yang sama macam bau makanan basi.

Dalam kimia, gas ni dipanggil sebatian meruap (volatile compounds), gas seperti amina, sulfur, dan asid lemak, campuran yang biasanya bagi bau "sampah".

Satu bau yang lebih kuat berbanding yang lain

Bila ada satu sumber bau yang sangat kuat, semua bau lain terus tenggelam. Sebab itulah bau sampah seakan-akan semua sama saja.

$ads={1}

Bau berubah jadi lebih busuk dan kuat

Ada komen menyebut tentang ulat dan larva lalat. Bila mereka sudah mula membiak, bau sampah boleh jadi lain dan lebih busuk. Ini kerana proses pereputan menjadi semakin aktif dan bahan kimia yang terhasil bertambah.


Secara umumnya, ramai bersetuju bau sampah yang serupa ni datang daripada gabungan bakteria, bahan reput, dan tindak balas kimia yang hampir sama.

Bau mungkin sedikit berbeza mengikut jenis sampah, tapi kebanyakan orang mungkin tak perasan perbezaannya. Disebabkan bau daripada pereputan makanan cenderung paling kuat, semua jenis sampah terasa seperti mempunyai bau busuk yang sama.

Apa pendapat anda, ada pengalaman yang sama?

Sumber: Reddit (ELI5 - Why does all garbage seem to have the same smell?)

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama