{tocify} $title={Isi Kandungan}
Pertimbangan Dalam Susunan Teks: Justify vs Left
1. Kebolehbacaan dan Pemahaman
Rata (Justified):
- Boleh jadi susah nak baca kalau tak buat dengan betul sebab jarak perkataan boleh jadi pelik dan nampak macam ada "sungai".
- "Sungai/rivers" bermaksud ruang putih yang nampak macam garis atau aliran turun antara baris bila teks justify. Bila jadi macam ni, teks nampak serabut dan susah nak baca, lagi-lagi kalau ada disleksia.
- Kena design dengan teliti dan kadang-kadang buat sedikit perubahan pada teks untuk nampak kemas.
Kiri (Left-aligned):
- Senang nak baca sebab hujung baris tak sekata, jadi mata lebih mudah lompat baris.
- Orang biasanya lebih senang faham, terutamanya untuk kandungan yang padat teks.
- Bacaan rasa lebih natural.
- Kurang risiko ruang putih pelik "sungai" yang boleh mengganggu fokus.
2. Penampilan Profesional
Rata (Justified):
- Nampak lebih kemas dan profesional, terutama untuk dokumen formal macam undang-undang.
- Kalau buat dengan cantik, nampak classy dan refined.
Kiri (Left-aligned):
- Kadang nampak kurang kemas untuk dokumen rasmi, tapi masih merupakan standard penulisan umum sebab senang dibaca.
3. Pertimbangan Reka Bentuk
Rata (Justified):
- Nampak cantik kalau lajur(column) tak terlalu sempit, tapi kalau kecil, jarak perkataan boleh jadi tak sekata.
- Perlu atur dengan elok supaya tak nampak pelik.
Kiri (Left-aligned):
- Lebih fleksibel untuk pelbagai saiz skrin dan format.
- Bagus untuk design mesra pengguna, terutama di website.
4. Kemahiran dan Penguasaan
- Kedua-dua jenis teks ini perlukan kemahiran untuk buat nampak cantik tanpa ganggu kebolehbacaan.
- Teks rata(justified) lebih mencabar sebab kena kawal jarak perkataan dan baris dengan tepat.
5. Penggunaan Kontekstual
Rata (Justified):
- Sesuai untuk dokumen profesional yang pentingkan penampilan, tapi kena berhati-hati dengan susunan dan jarak.
Kiri (Left-aligned):
- Disyorkan untuk kebanyakan penulisan biasa dan kandungan berfokus kepada pengguna.
Ringkasan
Walaupun teks Kiri (Left-aligned) lebih sesuai untuk bacaan biasa dan user-friendly, teks Rata (Justified) pun boleh jadi pilihan yang elok dalam konteks profesional kalau dibuat dengan betul.