Kenapa Ada Musim Atau Filem Hilang Dari Platform Streaming

Isi ringkas

  • Setiap musim atau filem boleh ada lesen atau kontrak yang berbeza
  • Ada musim yang lebih mahal atau tidak berbaloi untuk dibeli hak tayangan
  • Masalah muzik, jenama terkenal atau pelakon jemputan boleh halang tayangan semula
  • Rancangan lama yang episod dia berdiri sendiri lebih cenderung kena potong musim
  • Kadang-kadang servis lain masih pegang hak untuk musim tertentu
  • Ada juga faktor ikut negara, jadi musim hilang di Malaysia mungkin ada di negara lain

Kadang-kadang bila buka Netflix kita pelik tengok ada musim 1 dan 3, tapi musim 2 entah ke mana. Atau boleh tengok sequel, tapi filem asal tiada. Nampak macam pelik atau sengaja disekat, tapi sebenarnya banyak benda teknikal yang berlaku di belakang tabir.

{tocify} $title={Isi Kandungan}

Bukan semua musim datang dalam satu pakej

Satu siri TV boleh ada musim dari syarikat penerbitan berbeza. Kadang-kadang musim 1 hingga 3 dibuat oleh satu syarikat, lepas tu musim 4 dan 5 diambil alih oleh syarikat lain. Jadi, hak untuk tayangkan setiap musim tu tak semestinya dimiliki oleh satu pihak.

Netflix mungkin dapat hak untuk musim 1 dan 2 saja, manakala musim 3 dan 4 masih dikawal oleh syarikat lain atau servis lain.

Lesen tak sama antara satu musim dengan musim lain

Setiap musim atau filem ada kontrak berasingan. Kadang-kadang servis streaming cuma mampu bayar untuk satu atau dua musim, terutama kalau harga untuk musim lain terlalu mahal atau tidak berbaloi dengan jumlah orang yang akan tengok.

Ini biasa berlaku untuk rancangan lama yang tidak bersambung jalan ceritanya, macam 'Law & Order' yang setiap episod ada kes lain-lain, sebab orang boleh tengok mana-mana episod tanpa ikut turutan.

Lesen muzik pun jadi masalah

Kalau satu rancangan lama guna lagu-lagu terkenal, hak untuk guna lagu tu selalunya hanya untuk TV biasa atau DVD. Bila masuk zaman streaming, lesen tu tidak termasuk sekali. Jadi mereka terpaksa sama ada bayar semula (yang boleh jadi sangat mahal) atau tukar lagu tu ke versi generik.

Contohnya, rancangan seperti Scrubs dan Married with Children, yang tukar terus lagu tema asal bila ditayangkan semula.

Ada rancangan dibuat sebelum wujudnya streaming

Banyak rancangan zaman dulu tak pernah buat kontrak untuk streaming sebab masa tu ia belum wujud. Jadi bila nak tayangkan balik dalam bentuk digital, mereka kena runding semua benda semula — dari pelakon jemputan, muzik, jenama dalam cerita, sampai ke hak siaran antarabangsa.

Kalau kosnya terlalu tinggi atau rumit sangat, lebih mudah streaming platform untuk tinggalkan terus musim tertentu.

Ada servis lain yang masih pegang hak tayangan

Kadang-kadang musim tertentu masih dalam kontrak dengan servis lain. Contoh, Netflix boleh tayangkan musim lama tapi servis lain macam Hulu atau AMC+ pegang hak untuk musim terbaru.

Ada juga situasi di mana musim lama dengan musim baru diurus oleh syarikat lain, jadi platform yang tayang pun tak sama.

Kadang-kadang bergantung pada negara

Ada rancangan yang penuh di satu negara tapi separuh di negara lain. Ini sebab lesen streaming dibuat ikut wilayah.

Jadi kadang kala kalau guna VPN dan tukar ke negara lain, musim yang hilang tiba-tiba muncul.

Kalau filem flop, murah sikit nak tayang

Filem yang tak popular atau kurang laku selalunya lebih murah untuk dilesenkan, contohnya bila sequel tak dapat sambutan macam filem asal (prequel). Jadi servis streaming lebih suka ambil yang murah, walaupun nampak pelik sebab sequel ada tapi original tiada.

Kadang memang nampak macam tak masuk akal

Memang nampak pelik bila hanya satu musim yang tersedia, atau spin-off ada tapi rancangan asal tiada langsung. Tapi bila tengok dari sudut lesen, kos, dan kontrak yang berserabut tu, semuanya mula jadi logik sikit.

Ia bukan sebab sengaja nak sekat penonton atau paksa orang beli DVD, cuma kadang-kadang benda tu memang susah nak diselesaikan.

Kenapa Ada Musim Atau Filem Tertentu Hilang Daripada Platform Streaming

Ringkasnya...

Kalau musim atau filem yang kita nak tengok tiada dalam satu platform, selalunya sebab lesen atau hak tayangan yang kompleks. Kadang ia mahal, kadang dah dijual pada servis lain, atau memang tak pernah buat kontrak untuk streaming.

Memang frust pada kita sebagai penonton, tapi bukan sebab mereka sengaja nak sorok atau halang orang tengok.


Sumber: Reddit

Baca juga:

Komen adalah tanggungjawab anda. Diminta kerjasama untuk tidak memasukkan URL di ruang komen.

Catat Ulasan (0)
Terbaru Lebih lama